faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

DUA PENGHUNI BERTUAH DARUL AITAM PUTERA MAIK SERTAI AKADEMI SAGA

Dua penghuni bertuah lelaki Darul Aitam Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) terpilih dan layak untuk mengikuti pengajian di Akademi Saga, DRB-Hicom University Of Automotive, Pekan Pahang.

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2022 itu melanjutkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Automotif Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Kedua-duanya telah mendaftarkan diri pada 30 September lalu dan mereka dihantar oleh Yang Berusaha Yasman bin Haji Hashim@Yasin, Penyelia Darul Aitam MAIK bersama dua penyelia asrama lelaki MAIK.

Kami mendoakan mereka akan menamatkan pengajian dengan jayanya dan mempunyai masa depan yang cerah dalam kerjaya diceburinya.

Kejayaan yang dicapai hasil tunjuk ajar para tenaga pengajar di sinilah akan mampu untuk mengubah nasib diri dan keluarga mereka suatu hari nanti.


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1914
Kelmarin3013
Minggu Ini7972
Bulan Ini7972
Jumlah Pengunjung29312589

A- A A+