faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK HULUR BANTUAN BUAT ISTERI MANGSA DIBAHAM HARIMAU

Tragedi Rabu lalu memberi tamparan hebat buat seorang isteri, apabila suaminya maut dipercayai dibaham harimau dalam kejadian di Kampung Sugi, Pos Pasik, Gua Musang ketika keluar menyumpit.

Berdasarkan laporan media, mayat suaminya, Pisie Amud, 25, ditemukan penduduk kampung dengan cakaran di kepala dan badan selain sebelah kaki kirinya juga hilang. Jenazah Pisie Amud selamat dikebumikan secara Islam pada Jumaat.

Bagi membantu meringankan beban keluarga tersebut, pada 8 Oktober lalu, pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) tampil menghulurkan bantuan kepada isteri mangsa, Puan Syahira binti Hamid, 20.

Sumbangan berjumlah RM2,000 itu disampaikan oleh AF. Ustaz Ibrahim Khawwash bin Che Nor, Imam Tua Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang di pekarangan Kaunter Baitulmal MAIK, di masjid tersebut.

Puan Syahira yang kelihatan tenang ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada pihak MAIK atas sumbangan dan keprihatinan terhadap keluarganya.

Diharapkan sumbangan ini dapat membantu ibu kepada dua anak ini untuk menampung perbelanjaan mereka buat sementara waktu.

Pada Selasa lalu juga, pihak MAIK telah melancarkan misi menghantar bantuan berjumlah RM73,350 kepada penduduk Orang Asli yang tidak dapat keluar mencari rezeki akibat gangguan harimau.

Misi menghantar bantuan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua MAIK di pekarangan pejabat MAIK di Lundang, Kota Bharu.

#MAIK2023

#MAIKPrihatin


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1478
Kelmarin3013
Minggu Ini7536
Bulan Ini7536
Jumlah Pengunjung29312153

A- A A+