faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK TERIMA PENARAFAN 5 BINTANG NAZIRAN 2022

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sekali lagi melakar kejayaan dengan menerima Anugerah Penarafan 5 Bintang bagi Insentif Pencapaian Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran (Naziran) bagi tahun 2022.

Anugerah berkenaan telah disampaikan oleh YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan kepada YBrs. Encik Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK yang mewakili YABrs. Timbalan Yang Dipertua MAIK sempena Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 dan Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Kelantan yang berlangsung pada 5 Januari 2023.

Majlis tersebut telah diadakan di Kompleks Islam Kota Darul Naim yang turut dihadiri YB. Dato’ Kaya Setia Dato’ Haji Nazran bin Muhammad, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

 flickr

www.flickr.com

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini3848
Kelmarin5146
Minggu Ini14060
Bulan Ini37741
Jumlah Pengunjung29342358

A- A A+