faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT KURSUS PELATIH BENGKEL KEMAHIRAN MAIK AMBILAN MAC 2022

Majlis Penyampaian Sijil Tamat Kursus Bengkel Kemahiran Hidup Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Ambilan Tahun 2022 telah berlangsung pada 4 Januari 2023.

Majlis tersebut diadakan di Dewan Tok Kenali, Tingkat 2, MAIK yang telah dirasmikan oleh Yang Amat Berusaha Timbalan Yang Dipertua MAIK, Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman.

Hadir sama ialah YBrs. Encik Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK, YBrs. Ketua Pegawai Pembangunan, YBrs. Ketua Pegawai Agama, AF. Imam Besar Negeri Kelantan, YBrs. Ketua Pegawai Baitumal dan Pegawai-Pegawai MAIK.

Seramai 19 pelatih Bengkel Kemahiran Hidup MAIK yang melibatkan enam pelatih lelaki bagi Bengkel Automotif dan 13 pelatih wanita bagi Bengkel Jahitan dan Sulaman telah menamatkan kursus selama 10 bulan dengan jayanya di Bengkel Automotif, Jalan Sultan Yahya Petra manakala bagi Bengkel Jahitan dan Sulaman pula di Jalan Kelochor, Kota Bharu.

Majlis ini diadakan untuk meraikan para pelatih bengkel yang bertungkus-lumus melengkapkan kursus sepanjang tempoh tersebut dan menimba ilmu daripada guru-guru untuk mempelajari ilmu kemahiran yang ditawarkan oleh MAIK.

Bagi tahun 2022, seramai empat pelatih telah terpilih sebagai Pelatih Cemerlang iaitu Ahmad Shahrizan bin Md Isa (Pelatih Cemerlang Automotif), Durratul Albarilya binti Mohd Anuar (Pelatih Cemerlang Sulaman), Nur Salsabila binti Che Roslam (Pelatih Cemerlang Jahitan -Pakaian Lelaki) dan Hafizatul Aqilah binti Zakaria (Pelatih Cemerlang Jahitan- Pakaian Wanita).

Sebagai penghargaan kepada para pelatih, ibu bapa mereka juga turut bersama-sama menghadiri majlis ini dan sebelum majlis penyampaian sijil kepada pelatih berlangsung, satu ceramah kerohanian telah disampaikan oleh AF. Imam Tua Masjid Telipot, Ustaz Osman bin Mat Zin.

Tahniah kepada semua pelatih.

 flickr

www.flickr.com

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini3400
Kelmarin5146
Minggu Ini13612
Bulan Ini37293
Jumlah Pengunjung29341910

A- A A+