faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MENYANTUNI PEGAWAI MASJID MUKIM CEDERA KEMALANGAN

mukim mukim

 

Bahagian Pentadbiran Masjid Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menyantuni dan menziarahi Pegawai Masjid Mukim yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Ziarah Mahabbah diwakili Al-Fadhil Ustaz Fathul Hakim bin Kamarul Zaman, Pegawai Pengurusan Pegawai Masjid Mukim, MAIK. Selain bertanya khabar beliau turut menyampaikan sumbangan kepada kedua-dua Pegawai Masjid Mukim berkenaan.

Pada 18 Julai 2023 lalu, Ustaz Fathul Hakim telah menziarahi AF Ustaz Mohd Ezani bin Ali, Imam Muda Masjid Mukim Alor Durian, Tumpat di rumahnya yang terlibat kemalangan jalan raya pada 1 Julai 2023 ketika dalam perjalanan pulang setelah selesaikan menunaikan solat Zohor di Masjid Mukim Alor Durian. Akibat kemalangan tersebut, jari manis kaki sebelah kiri beliau patah dan kini masih dalam rawatan pihak doktor Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Pada hari sama, Ustaz Fathul Hakim turut menyantuni dan bertanya khabar keadaan kesihatan Che Mohd Rozi bin Awang Chik, Bilal Masjid Mukim Kebakat, Tumpat. Che Mohd Rozi terlibat dengan kemalangan ketika dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha. Akibat kemalangan itu, Che Mohd Rozi masih perlu menjalani rawatan susulan di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan HUSM memandangkan beliau mengalami kecederaan di beberapa anggota badan. Bahagian belakang kaki kirinya cedera serius, kepala juga cedera akibat hentakan dan sakit pada bahagian tulang rusuk.

Pihak MAIK mendoakan agar kedua-kedua individu ini  tabah menghadapi ujian daripada ALLAH SWT dan sembuh dengan segera. 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1962
Kelmarin3366
Minggu Ini14926
Bulan Ini14926
Jumlah Pengunjung29319543

A- A A+