faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KEMERIAHAN SUKAN DAN RIADAH PENGHUNI DARUL AITAM MAIK 2023

Penganjuran sukan dan riadah bagi penghuni Darul Aitam Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada tahun 2023 kali ini berlangsung dengan penuh kemeriahan serta menonjolkan semangat persaingan sihat.

Program Sukan dan Riadah Penghuni Darul Aitam MAIK 2023 diadakan pada 21Julai 2023 bersamaan 3 Muharramn 1445H telah melibatkan 34 penghuni Darul Aitam Putera dan 45 anak-anak yatim puteri.

Sebagaimana lazimnya, acara tahunan ini juga turut dimeriahkan dengan sokongan padu daripada kakitangan Darul Aitam yang telah menjayakan acara ini.

Pelbagai acara menarik telah berlangsung di Padang Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra (KIJPSIP), Panji. Para peserta telah menunjukkan kehebatan masing-masing dalam acara yang dipertandingkan iaitu, bola tampar, badminton, futsal, termasuk juga sukaneka.

Bukan hadiah yang menjadi buruan para peserta, tetapi paling penting mereka dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara penghuni dan kakitangan Darul Aitam.

Dalam masa sama aktiviti yang diadakan ini dapat menguji kecergasan fizikal serta kecerdasan mental anak-anak penghuni di sini. Lagipun ada acara yang dipertandingkan memerlukan kesabaran peserta.

Tahniah kepada semua pemenang.

#KIJPSIP

#MAIK2023

flickr

www.flickr.com

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2287
Kelmarin3366
Minggu Ini15251
Bulan Ini15251
Jumlah Pengunjung29319868

A- A A+