faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

SAYA RASA SAYA TAK MAMPU…

Baru-baru ini kami santuni keluarga Pak Dor yang tinggal sehelai sepinggang setelah rumahnya terbakar di Kampung Padang Nipah, Bachok. Ketika kami bertanya khabar keluarga Pak Dor, kami juga dimaklumkan terdapat satu keluarga menjadi mangsa ribut di kawasan berdekatan.

Lalu kami diwakili Yang Berusaha Encik Ikhwan bin Mat Yasin, Pegawai Agihan Zakat MAIK , Yang Berusaha Encik Muhamad Firdaus bin Mat Rahim, Pegawai Komunikasi Korporat MAIK dan dan AF. Mohamad Luqman bin Ab Rauf Imam Tua Masjid Mahmoodi Bachok terus santuni mereka di rumahnya, di Kampung Pantai Baru Repek, Bachok.

Cerita Heyarami bin Mejah, 45, dinding dan bumbung rumahnya rosak disebabkan ribut pada Isnin lalu. Katanya juga kalau bukan disebabkan ributpun, bumbung rumahnya bocor setiap kali hujan. Rumah lama katanya.

Pada awalnya, lawatan kami untuk melihat keadaan rumahnya yang rosak, tapi perbualan kami membuka satu kisah lain yang sangat menyedihkan bapa kepada tiga anak ini. Seorang sahaja anak yang di bawah tanggungan mereka. Berusia 18 tahun menuntut di sebuah kolej di Bachok. 

Rupanya, Heyarami menghidap penyakit buah pinggang tahap 5. Dia menderita sejak tahun 2018 lagi. Sejak itu dia tidak boleh melakukan pekerjaan yang berat. Dia perlu jalani dialisis 3 kali seminggu di HUSM. Kos dialisisnya ditanggung sepenuhnya oleh MAIK. Bukan duit MAIK, tapi duit para pembayar zakat yang terus memberi kepercayaan kepada kami untuk menyalurkannya kepada mereka yang memerlukan.

Keluarga Heyarami bergantung pada duit JKM sebanyak RM500 sebulan dan juga upah isterinya, Nik Rosmini binti Nik Ali, 41, bekerja sebagai pembantu gerai. Upah RM30 sehari. Dalam seminggu 3 hari sahaja kerja. Berapa sangatlah yang mereka dapat. Nak tampung kos ulang-alik ke hospital lagi.

Sekuat mana hatinya seorang lelaki, akhirnya jiwanya tersentuh. Nadanya berubah menjadi sebak. Sebak kerana mengenangkan betapa banyak dan besarnya peranan para pembayar zakat MAIK yang berjasa kepada hidupnya selama ini.

“Jika tiada bantuan MAIK, saya rasa saya tidak mampu,” katanya sambil menggosok matanya. Suasana hiba seketika, dia ditenangkan oleh Encik Ikhwan. Kami terangkan apa yang dinikmati ini adalah hasil bayaran zakat orang ramai kepada MAIK. Bagi membantu meringankan beban keluarga ini, kami sampaikan bantuan segera berjumlah RM1,000 dan juga bakul makanan.

Lihatnya semua di luar sana. Lihatlah para pembayar zakat. Dengan izin ALLAH SWT, kemudahan yang dinikmati oleh Heyarami ketika dia diuji dengan sakit ini adalah berkat daripada wang zakat kalian. Betapa besarnya hikmah zakat kalian memberi sinar kehidupan buat insan memerlukan. Terima kasih pembayar zakat, andalah sebenarnya hero asnaf.

#ZakatMAIK

#Zakat2023

#MAIKCaknoSengoti

 

 

flickr

www.flickr.com

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini3074
Kelmarin3207
Minggu Ini19245
Bulan Ini19245
Jumlah Pengunjung29323862

A- A A+