faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

SEKITAR TAZKIRAH KHAS BULAN WAKAF MAIK DI MASJID ISMAIL PETRA TANAH MERAH

Tindakan dua beradik memasukkan duit ke dalam Tabung Wakaf Tunai Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ketika datang untuk menunaikan Solat Jumaat di Masjid Ismail Petra Tanah Merah hari ini menarik perhatian kami.

Hafiz bin Azhari, 7 tahun bersama adiknya Rahman berumur 6 tahun yang berpakaian sedondon dilihat terus menderma sebaik sahaja sampai di kaunter wakaf sebelum melangkah masuk pintu utama masjid.

Hari ini, pada 1 September 2023 pihak MAIK telah membuka kaunter wakaf di Masjid Sultan Ismail Petra Tanah Merah sempena sambutan Bulan Wakaf MAIK. Bersempena dengan itu juga pihak kami turut mengadakan tazkirah khas yang diadakan sebelum solat Jumaat.

Tazkirah bertajuk Kepentingan Berwakaf Dalam Islam hari ini telah disampaikan AF. Ustaz Mohd Sukeri bin Mohd Nor, Imam Tua Masjid Sultan Ismail Petra Tanah Merah.

Tazkirah khas ini akan diadakan di beberapa masjid bandar dan jajahan yang terpilih sempena Bulan Wakaf MAIK.

Di MAIK juga turut menyediakan perkhidmatan wakaf tunai, yang mana orang ramai boleh sama-sama berwakaf secara Direct Debit dengan melayari https://waqaf.e-maik.my/emandate/dd/loginpage/index.php atau boleh menghubungi Unit Wakaf MAIK di talian 09-7481512.

Jom sama-sama kita berwakaf, meskipun serendah RM1. Walaupun jumlahnya kecil, namun ganjaran pahalanya akan berterusan hingga ke hari akhirat. Apa lagi yang kita mahu kejar dalam kehidupan, selain mendapat ganjaran keredhaan oleh ALLAH SWT di akhirat kelak.

Jangan lupa Follow, Like dan Share :

- Instagram: https://www.instagram.com/maikkelantan

- Facebook: Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan

#MAIK2023

#MAIKPrihatin

#WaqafMAIK2023

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1637
Kelmarin3540
Minggu Ini11235
Bulan Ini11235
Jumlah Pengunjung29315852

A- A A+