faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM SEDAR KERJAYA PENGHUNI SPM DARUL AITAM MAIK SESI 2023/2024

Program Sedar Kerjaya Penghuni Darul Aitam Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah diadakan pada 25 Ogos 2023 bersamaan 8 Safar 1445H di Institusi Kemahiran Baitulmal, Kuala Lumpur.

Ia melibatkan seramai 43 peserta terdiri daripada 34 penghuni Darul Aitam Putera dan Puteri yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Program julung kali ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada calon-calon SPM berhubung pilihan dalam melanjutkan pengajian dan membina minat untuk menentukan bidang kerjaya yang bakal diceburi.

Pendedahan awal kepada pelajar berkaitan dengan suatu bidang kerjaya dapat menjadi titik permulaan untuk mereka membuat keputusan terbaik dalam kehidupan setelah tamat persekolahan nanti.

Program seperti ini amatlah digalakkan dilaksanakan setiap tahun sebagai pendedahan awal kerjaya kepada setiap penghuni Darul Aitam MAIK

#MAIK2023


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2037
Kelmarin3540
Minggu Ini11635
Bulan Ini11635
Jumlah Pengunjung29316252

A- A A+