faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

SERAMAI 610 IMAM SELURUH KELANTAN SERTAI TAKLIMAT PENARAFAN MASJID

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) terus memperkasakan peranan dan fungsi masjid di seluruh negeri dengan pelaksanaan Program Penarafan Masjid yang dilaksanakan bermula tahun 2023.

Sebagai pendedahan dan kefahaman, satu taklimat Program Penarafan Masjid Kepada Imam Masjid Negeri Bandar Jajahan, Masjid Kategori A, Masjid Mukim Besar dan Masjid Mukim Kecil Seleruh Negeri Kelantan telah diadakan pada hari ini di Dewan Utama Tengku Kaya Pahlawan, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji membabitkan 610 penyertaan.

Taklimat berkaitan pengenalan kepada kaedah Standard Penarafan Masjid (SPMM) dan juga kaedah pengisian markah borang SPMM telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Prof Dr Mohd Aderi bin Che Noh, Pakar Rujuk SPMM dari Fakulti Pengajian Bahasa Universiti Sains Islam Malaysia.

Yang Berbahagia Prof Dr Mohd Aderi bin Che Noh turut memuji usaha  dilakukan oleh MAIK yang menggunakan standard  Penarafan Masjid Malaysia di semua masjid di negeri ini.

Beliau dalam perkongsian ilmu pada hari ini telah memberikan penekanan dalam pelbagai sudut melibatkan komponen pengurusan, pengimarahan, kemudahan prasarana dan juga persekitaran yang secara jelasnya sangat membantu pihak masjid di seluruh negeri dalam menjayakan matlamat utama Program Penarafan Masjid.

Daripada sekecil-kecil perkara yang dilihat biasa pada kaca mata pengurusan pihak masjid, tetapi sebaliknya ia merupakan perkara penting menyumbang kepada keberfungsian masjid untuk seluruh peringkat masyarakat majmuk di negeri ini.

Majlis perasmian taklimat telah disempurnakan oleh Yang Amat Berusaha Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK.

Hadir sama, Al-Fadhil Imam Besar Negeri Kelantan, Tuan Haji Muhamad Hana Pizi bin Abdullah, Al-Fadhil Ustaz Haji Murtadha bin Abdullah, Ketua Pegawai Agama, MAIK, Yang Berusaha Encik Mohd Izwan Shah bin Dato' Mohd Aiseri, Ketua Pegawai Pembangunan MAIK, Al-Fadhil Ustaz Ridhwan bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Baitulmal MAIK dan Yang Berusaha Encik Ahmad Syazwan bin Muhammad Hassan, Pegawai Hal Ehwal Masjid, MAIK.

Untuk makluman juga, Kelantan adalah satu-satunya negeri yang melaksanakan Penarafan Masjid membabitkan kesemua masjid di seluruh negeri.

Sementara itu, Yang Amat Berusaha Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman dalam ucapannya mengingatkan kesemua imam untuk memberikan komitmen terbaik untuk Program Penarafan Masjid ini dan beliau berharap pencapaian yang dinilai nanti, ia bukan sahaja menjadi kebanggaan di peringkat negeri bahkan mampu menjadi rujukan kepada pihak luar dari Kelantan.

 flickr

www.flickr.com

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2941
Kelmarin5146
Minggu Ini13153
Bulan Ini36834
Jumlah Pengunjung29341451

A- A A+