faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

SUSU ANAK PUN KENA CATU…

ALLAH SWT menguji kita dengan cara yang berbeza. Apabila hidup berkeluarga, jika bukan diduga dari segi kewangan, mungkin kesihatan dan kudrat kita terbatas. Mungkin juga soal zuriat. Itu semua ketentuan ALLAH SWT Maha Pencipta.

Begitu juga dengan kisah yang kami kongsikan hari ini. Kisah sepasang suami isteri yang 10 tahun sudah berkahwin tetapi tidak dikurniakan anak. Setelah 10 tahun menanti, ALLAH SWT telah kurniakan seorang anak lelaki yang comel. Kami tengok matanya bulat, hidungnya mancung.

Namun disebalik kegembiraan itu, mereka diuji dengan kesihatan anaknya. Anaknya dilahirkan dengan masalah paru-paru berair, skoliosis (tulang belakang bengkok), hernia dan tiroid. Dilahirkan dengan pelbagai komplikasi. Kini anak tunggal mereka yang diberikan nama Muhammad Hud Hanif Harizan sudah berusia 16 bulan.

Itulah dugaan besar dilalui Cik Norhazilawati binti Che Sulaiman, 30-an bersama suaminya.  Norhazilawati juga sebenarnya memiliki kad OKU kerana masalah pembelajaran.

Pasangan ini bukan sahaja diuji dengan kesihatan anak. Mereka juga diuji dengan sumber kewangan. Suami mengambil upah menjual kelapa. Dua hari dapatlah RM50.00. Itupun kalau ada kerja. Si anak pula perlu minum susu khas. Setiap bulan sekitar RM400.00 diperlukan. Nak kena beli lampin pakai buang lagi. Itupun mujur ada bantuan JKM, RM450 sebulan.

Tapi katanya, itu masih tak cukup. Ada ketikanya dia kena catu susu anaknya. Dia terpaksa, disebabkan tak cukup duit. Kadang-kala dia berikan nasi air untuk anaknya. Kalau ikutkan tak sampai hati sebab dia pun tak berapa sihat. Dia terpaksa sebab tidak mahu si kecil menangis. Dia tidak mahu anaknya kerap menangis, takut ganggu kesihatan adik Hanif.

Ketika berbual, Cik Nor sering menyebut, "anak kito (kita) tok serupo (tak sama) macam anak orang lain. Umur setahun lebih pun tok leh (tak boleh) buat gapo (apa-apa lagi)." Meskipun kata-katanya diucapkan sambil tersenyum, kami faham betapa Cik Nor dan suami perlukan bantuan untuk besarkan anaknya. Apa yang keluar dari mulut Cik Nor turut menyentuh hati kami. Nak lihat anaknya yang juga hadapi masalah tumbesaran ini sihat seperti anak-anak orang lain meskipun ibu bapa mereka hidup dalam keadaan susah. Setiap bulan berulang-alik ke hospital demi si anak. Belanja ulang-alik pun dah berapa ringgit. Walaupun sikit tapi bagi mereka nilai sedikit itu sangat besar buat mereka. Satu bebanan buat mereka.

Semalam kami menerima laporan mengenai kisah ini, hari ini kita terus turun padang bertanya khabar di rumah mereka di Kampung Periok, Tumpat. Kami diwakili Ikhwan bin Mat Yasin, Pegawai Agihan Zakat MAIK dan Muhamad Firdaus bin Mat Rahim, Pegawai Komunikasi Korporat MAIK.

Bagi meringankan beban keluarga ini, kami sampaikan Bantuan Am sebanyak RM2,000.00 dan bakul makanan. Kami juga luluskan Bantuan Bulanan Asnaf Fakir Miskin sebanyak RM500.00 sebulan. 

Terima Kasih Pembayar Zakat kerana zakat andalah telah membantu si ayah dan si ibu yang memerlukan ini dapat membesarkan anak tunggal mereka dengan lebih baik. Mereka tidak lagi perlu mencatu susu. Di akhir perbualan, si ayah dan si ibu mengucapkan terima kasih kepada semua pembayar zakat MAIK. Katanya "Terima Kasih Banyok Lah (Banyak) Pembayar Zakat." Ujarnya dengan bersungguh-sungguh. Gembira kerana masalah duit mereka untuk 'jaga' anak selesai.

Sama-sama kita doakan agar adik Hanif ini dapat membesar dengan baik dan suatu hari nanti menjadi seorang anak soleh, dapat membalas jasa orang tuanya. Amin...Amin...Amin Ya Rabbal Alamin.

#MAIK2023

#MAIKCaknoSengoti

#zakatmaik

 

 

flickr

www.flickr.com

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2313
Kelmarin3207
Minggu Ini18484
Bulan Ini18484
Jumlah Pengunjung29323101

A- A A+