faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

TAHNIAH MAIK… MAJLIS AGAMA ISLAM PERTAMA DAPAT KELULUSAN PENGECUALIAN CUKAI UNTUK WAKAF TUNAI

Berita baik buat para pewakaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sekalian, yang mana pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memberikan pengecualian cukai untuk pewakaf tunai MAIK berkuatkuasa 1 Ogos 2023 yang lalu.

Dengan ini, MAIK menjadi Majlis Agama Islam yang pertama mendapat kelulusan pengecualian cukai di bawah Subseksyen 44 (11D) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Berita baik tersebut diumumkan Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan juga adalah Yang Dipertua MAIK semasa Pelancaran Bulan Wakaf MAIK Tahun 2023 semalam di Hotel Perdana Kota Bharu.

Hadir sama, Yang Berhormat Dato’ Kaya Setia, Dato’ Nazran bin Muhammad, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Yang Berhormat Sahibus Samahah Dato’ Kaya Perba, Dato’ Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan; Yang Amat Arif Tuan Haji Ibrahim bin Deris, Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan, Yang Berhormat Sahibul Fadilah Dato’ Nik Abdul Kadir Nik Mohamad, Timbalan Mufti Kelantan, Yang Berbahagia Dato’ Selamat bin Paigo, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) dan Yang Amat Berusaha Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK.

Dengan kelulusan yang diberikan oleh pihak LHDN ini, semua pihak diharapkan dapat melipat gandakan sumbangan waqaf tunai.

Pihak MAIK juga berharap ketua-ketua jabatan dapat bersama-sama memberi galakan kepada kakitangan di jabatan masing-masing untuk membuat potongan gaji bagi sumbangan Waqaf Tunai MAIK.

Menerusi inisiatif ini, sumbangan yang diperoleh untuk waqaf tunai akan terus meningkat dan pelbagai program serta projek ibadah berkebajikan dapat dilaksanakan untuk memberi manfaat kepada seluruh masyarakat khususnya di negeri kelantan, MAIK komited menjadikan ibadah wakaf membumi di negeri Kelantan.

Hasrat MAIK pada masa akan datang, wakaf menjadi nadi dalam masyarakat Kelantan ;

“𝙇𝒂𝙝𝒊𝙧 𝘿𝒊 𝑯𝙤𝒔𝙥𝒊𝙩𝒂𝙡 𝙒𝒂𝙠𝒂𝙛, 𝑻𝙞𝒏𝙜𝒈𝙖𝒍 𝑫𝙞 𝙋𝒆𝙧𝒖𝙢𝒂𝙝𝒂𝙣 𝙒𝒂𝙠𝒂𝙛, 𝑺𝙪𝒎𝙗𝒆𝙧 𝙈𝒂𝙠𝒂𝙣𝒂𝙣 𝘿𝒂𝙧𝒊 𝑯𝙖𝒓𝙩𝒂 𝑾𝙖𝒌𝙖𝒇, 𝙈𝒆𝙣𝒊𝙠𝒎𝙖𝒕𝙞 𝙆𝒆𝙢𝒖𝙙𝒂𝙝𝒂𝙣-𝙆𝒆𝙢𝒖𝙙𝒂𝙝𝒂𝙣 𝘼𝒔𝙖𝒔 𝑫𝙖𝒓𝙞 𝘿𝒂𝙣𝒂 𝑾𝙖𝒌𝙖𝒇, 𝘽𝒆𝙡𝒂𝙟𝒂𝙧 𝘿𝒊 𝑰𝙣𝒔𝙩𝒊𝙩𝒖𝙨𝒊 𝑾𝙖𝒌𝙖𝒇, 𝘽𝒆𝙧𝒊𝙗𝒂𝙙𝒂𝙝 𝘿𝒊 𝑴𝙖𝒔𝙟𝒊𝙙-𝙈𝒂𝙨𝒋𝙞𝒅 𝑾𝙖𝒌𝙖𝒇 𝑫𝙖𝒏 𝑫𝙞𝒌𝙚𝒃𝙪𝒎𝙞𝒌𝙖𝒏 𝑫𝙞 𝙏𝒂𝙣𝒂𝙝 𝙋𝒆𝙧𝒌𝙪𝒃𝙪𝒓𝙖𝒏 𝑾𝙖𝒌𝙖𝒇”.

#WakafMAIK

#BulanWakafMAIK2023

 

flickr

www.flickr.com

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini551
Kelmarin3163
Minggu Ini14910
Bulan Ini87972
Jumlah Pengunjung30911144

A- A A+