TERIMA KASIH PEWAKAF… SUMBANGAN KALIAN TIDAK TERNILAI
Terima kasih kepada semua pewakaf kami. Hasil sumbangan wakaf kalian, pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah melaksanakan pelbagai program serta bantuan yang telah dimanfaatkan oleh para penerimanya.
Pihak MAIK telah membelanjakan sebanyak RM1,118,854.92 untuk pelbagai projek wakaf MAIK untuk manfaat kepada semua lapisan masyarakat khususnya rakyat negeri Kelantan.
Sempena Pelancaran Bulan Wakaf MAIK Tahun 2023 yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan juga Yang Dipertua MAIK, telah meraikan para pewakaf kami di Hotel Perdana, Kota Bharu.
Sumbangan wakaf yang diberikan kepada kami dan MAIK telah salurkan dalam pelbagai jenis bantuan. Antaranya:
𝑺𝑼𝑴𝑩𝑨𝑵𝑮𝑨𝑵 𝑾𝑨𝑲𝑨𝑭 𝑴𝑨𝑰𝑲 𝑫𝑨𝑳𝑨𝑴 𝑩𝑰𝑫𝑨𝑵𝑮 𝑷𝑬𝑹𝑼𝑩𝑨𝑻𝑨𝑵:
- Mesin oksigen untuk para pesakit Covid-19 semasa pandemik.
- Mesin ultrasound untuk bantu rawatan para ibu mengandung.
- Mesin distortion product otoacoustic emission (DPOAE) untuk mengesan pendengaran awal bayi.
- Mesin radiograf orthopantomogram untuk tujuan x-ray para pesakit yang memerlukan rawatan melibatkan rahang gigi yang ditempatkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.
𝑺𝑼𝑴𝑩𝑨𝑵𝑮𝑨𝑵 𝑾𝑨𝑲𝑨𝑭 𝑴𝑨𝑰𝑲 𝑫𝑨𝑳𝑨𝑴 𝑩𝑰𝑫𝑨𝑵𝑮 𝑷𝑬𝑵𝑫𝑰𝑫𝑰𝑲𝑨𝑵 :
- Program Mengaji-ngaji Kelas Al-Quran Darul Aitam di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, Kota Bharu.
- Menaik taraf bangunan di Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah, Tumpat, Kelantan.
- Sumbangan menaik taraf bangunan Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK (pelajar perempuan) di Kampung Cabang Tiga, Pendek, Kota Bharu.
𝑺𝑼𝑴𝑩𝑨𝑵𝑮𝑨𝑵 𝑾𝑨𝑲𝑨𝑭 𝑴𝑨𝑰𝑲 𝑫𝑨𝑳𝑨𝑴 𝑩𝑰𝑫𝑨𝑵𝑮 𝑲𝑬𝑴𝑼𝑫𝑨𝑯𝑨𝑵 𝑺𝑶𝑺𝑰𝑨𝑳 :
- Pembinaan tandak air di jajahan Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.
- Projek Wakaf Jeti Penumpang MAIK di Tangga Bradley, Kuala Krai memudahkan perhubungan penduduk dan meningkatkan keselamatan pengguna.
- MAIK sedang membangunkan dua tapak perkuburan terancang di tanah yang diwakafkan di jajahan Kota Bharu, dan Pasir Mas.
- Sumbangan wakaf untuk menaik taraf dan pengurusan Masjid Al-Falah, Kota Bharu.
𝑺𝑼𝑴𝑩𝑨𝑵𝑮𝑨𝑵 𝑾𝑨𝑲𝑨𝑭 𝑰𝑺𝑻𝑰𝑩𝑫𝑨𝑳 :
- Pembelian tapak perkuburan Islam di jajahan Tumpat, Kota Bharu dan Tanah Merah.
MAIK ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada jabatan kerajaan negeri, jabatan Persekutuan dan semua pihak yang mengimarahkan ibadah wakaf.
semoga Allah S.W.T merahmati dan memberi ganjaran pahala yang berpanjangan kepada pewakaf serta semua pihak yang berkerjasama dalam menjayakan usaha murni ini.