faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

TAK SANGKA...MAIK BANTU GEMBIRAKAN ANAK-ANAK SAYA

Tidak sampai 4 hari pun lagi kita bakal meraikan lebaran yang dinanti-nantikan. Pastinya bagi anak-anak keluarga berkemampuan, mereka dah beli serba baharu. Mungkin dah ada lebih daripada 2 pasang baju raya seorang.

Tapi bagi seorang bapa, Encik Mohd Shahrul Effendi bin Husin, 36, yang bekerja sebagai buruh dengan upah RM50 sehari itu buntu memikirkan di mana nak cari duit hendak belikan baju raya untuk 4 orang anaknya.

Encik Mohd Shahrul memberitahu, anak-anak sering bertanyakan baju raya. Dia terpaksa ‘berbohong’ dengan anak-anaknya. “Nanti papa beli baju abe long, kakak dengan adik”. Itulah jawapan yang sentiasa diulang-ulang meskipun dia tahu memang kali ini anak-anak tak akan dapat baju baharu.

Apatah lagi, isterinya yang terlantar menderita akibat tirod dan sakit pankreas baru sahaja dua minggu meninggal dunia setelah terlantar. Lagilah sukar untuk dia belikan kelengkapan anak-anak. Bayangkan jika anak-anak kita yang beraya tanpa baju baharu, sedangkan kawan-kawan mereka bergaya di pagi Aidilfitri. Apa perasaan kita agak-agaknya?

Tapi perancangan ALLAH SWT adalah yang terbaik. Tanpa diduga pada hari ini, 27 Ramadan 1444H, pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menunaikan hasrat Mohd Shahrul. Kami ke rumah mereka di Kampung Padang Kekabu, Kubang Kerian.

Kami telah membawa anaknya berusia 6, 5, 3 dan 1 tahun membeli kelengkapan raya di pasar raya Mydin Kubang Kerian.

Anaknya yang berusia 1 tahun menghidap sakit jantung berlubang. Sebulan sekali perlu rujuk di HUSM. Sekali rawatan perlukan RM112.

Hari ini, si bongsu berusia 1 tahun tidak begitu sihat. Sering merengek. Nasib baiklah Pengurus Mydin Kubang Kerian, Encik Ismat Syazani bin Shamsulkamal sediakan kakitangan mereka untuk membantu memilih baju buat anak-anak ini. Dapatlah kami membeli dengan cepat. Terima kasih daripada kami.

Encik Mohd Shahrul mengucapkan jutaan terima kasih kepada MAIK dan pembayar zakat, kerana telah membantunya menggembirakan anak-anaknya untuk menyambut lebaran kali ini. Kelengkapan serba baharu. Dapat 3 pasang seorang.

Selain dibelikan baju baharu, hari ini pihak MAIK diwakili Yang Berusaha Encik Muhamad Firdaus bin Mat Rahim, Pegawai Komunikasi Korporat MAIK dan Yang Berusaha Pegawai Tadbir Agihan Zakat MAIK, Puan Nur Afiqah binti Hamidi turut menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM 3000 serta bakul makanan.

Pihak MAIK juga akan mempertimbangkan bantuan Biasiswa Tengku Anis (BTA) MAIK bagi membantu anak-anaknya yang bersekolah.

Terima kasih pembayar zakat kerana telah menggembirakan anak-anak keluarga encik Mohd Shahrul meraikan Aidilfiri kali ini.

Betapa besar dan bermaknanya harta yang diinfakkan oleh kalian semua. Pembayar Zakat, Anda Hero Sebenar Asnaf.

#ZakatMAIK

#MAIK2023

#MAIKCaknoSengoti

flickr

www.flickr.com

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini548
Kelmarin4019
Minggu Ini24229
Bulan Ini24229
Jumlah Pengunjung29328846

A- A A+