faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

UJIAN DI HARI RAYA...MAIK HULURKAN SUMBANGAN KEBAKARAN

Pada 8 Syawal, pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mendapat perkhabaran yang mana keluarga Encik Abdul Rahman bin Sahabuddin di Belukar Batu 8, Kota Bharu diuji dengan kejadian kebakaran.

Setelah itu, mewakili MAIK, Imam Tua Masjid Jamek Sultan Muhammad II Telipot, Kota Bharu Al-Fadhil Ustaz Haji Osman bin Mat Zin, segera turun padang untuk bertanya khabar dan turut menyampaikan bantuan segera berjumlah RM2,000 kepada ayah mangsa.

Dimaklumkan kejadian tersebut melibatkan rumah kedai dan kenderaan. Kejadian disedari oleh abang mangsa yang menghidu bau asap di luar rumah mereka. Abang mangsa melihat kereta milik mangsa dan abang ipar mangsa yang berada di garaj sedang terbakar.

Kebakaran berjaya dipadamkan oleh pihak bomba. Akibat kebakaran itu, bahagian hadapan rumah kedai milik ibunya terbakar. Perodua Axia milik mangsa musnah 40% dan Perodua Myvi abang iparnya musnah 100%. Semoga keluarga ini tabah menghadapi ujian.

MAIK juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembayar zakat dan pihak yang menginfakkan harta mereka kepada kami, kerana sumbangan andalah sedikit sebanyak dapat membantu meringankan mereka yang dilanda ujian sebegini.

Semoga ALLAH SWT menggandakan harta buat pembayar zakat untuk terus membantu insan memerlukan.

"PEMBAYAR ZAKAT, ANDA HERO SEBENAR ASNAF

#ZakatMAIK

#MAIK2023


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini382
Kelmarin4019
Minggu Ini24063
Bulan Ini24063
Jumlah Pengunjung29328680

A- A A+