faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

TINGGAL SEHELAI SEPINGGANG... MAIK HULUR BANTUAN ZAKAT

Sepasang suami isteri bersama anak-anak terpaksa tinggal sehelai sepinggang selepas rumah papan mereka di Kampung Padang Nipah, Bachok hangus sekelip mata.

Kejadian pada Isnin sekitar jam 10.30 malam itu berlaku dengan cepat. Tiada satu barangpun dapat diselamatkan oleh abang Zulkifli bin Harun,55 tahun.

Lagipun ketika kejadian dia berada di kedai. 2 anak lelakinya berusia 20 tahun dan seorang lagi 9 tahun juga tiada di rumah. Isterinya berada di Johor kerana menjaga ibunya yang sakit.

Sebelum kejadian, dikatakan mereka menghadapi masalah bekalan elektrik.

Abang Zulkifli atau lebih mesra dengan panggilan Pak Dor juga sedih teringatkan mesin pemotong rumputnya turut hangus. Dia sedih kerana mesin itulah digunakan untuk mencari pendapatan tambahan demi keluarganya. Mana nak cari duit untuk beli lain.

Setelah mendapat tahu kisah mereka tinggal sehelai sepinggang dan terpaksa menumpang di rumah adiknya bersebelah dengan rumahnya yang terbakar, kami dari MAIK, mewakili pembayar zakat MAIK dengan segera menyantuni dan bertanya khabar keluarga ini.

Pak Dor itu sangat gembira menyambut kedatangan kami hari ini. Kami diwakili Berusaha Encik Ikhwan bin Mat Yasin, Pegawai Agihan Zakat MAIK, Yang Berusaha Encik Muhamad Firdaus bin Mat Rahim, Pegawai Komunikasi Korporat MAIK dan AF. Ustaz Mohamad Luqman bin Ab Rauf selaku Imam Tua Masjid Mahmoodi Bachok.

Ketika sampai, kami melihat banyak bungkusan pakaian berada di tangga rumah adiknya. Hasil sumbangan orang-orang. Ada banyak pakaian disumbangkan. Alhamdulillah.

Bagi meringankan beban Pak Dor, kami sampaikan sumbangan segera sebanyak RM2,000 dan juga bakul makanan.

Pak Dor turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembayar zakat MAIK kerana telah membantu meringankan beban mereka sekeluarga di saat diuji dengan dugaan besar sebegini.

"𝑷𝑬𝑴𝑩𝑨𝒀𝑨𝑹 𝒁𝑨𝑲𝑨𝑻, 𝑨𝑡𝑫𝑨 𝑯𝑬𝑹𝑢 𝑺𝑬𝑩𝑬𝑡𝑨𝑹 𝑨𝑺𝑡𝑨𝑭"

#ZAKATMAIK

#MAIKCaknoSengoti

#MAIK2023

flickr

www.flickr.com

Β 

Β 

Β 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini941
Kelmarin3491
Minggu Ini20603
Bulan Ini20603
Jumlah Pengunjung29325220

A- A A+