faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

TENGKU YDP MAIK RAIKAN DAN SEMPURNAKAN PELEPASAN JEMAAH HAJI KELANTAN KE MAKKAH

Yang Berhormat Mulia, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan, juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menyempurnakan pelepasan jemaah haji Negeri Kelantan bagi musim haji 1444H/2023M, malam tadi.

Majlis pelepasan berkenaan yang turut dihadiri Yang Mulia Tunku Puan Sri Dato' Hajjah Noor Hayati binti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tengku Puan Temenggong telah diadakan di Dewan Utama Tengku Kaya Pahlawan, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji.

Yang Berhormat Mulia turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua tetamu ALLAH SWT sekalian kerana menjadi kelompok yang terpilih daripada kalangan jutaan manusia lain untuk menunaikan tanggungjawab seorang Muslim iaitu mengerjakan ibadah haji pada tahun ini.

Didoakan juga agar para jemaah sekalian akan sentiasa diberikan kesihatan berpanjangan dan kekuatan fizikal, mental dan emosi yang berterusan supaya rukun haji yang ditetapkan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Selamat berangkat pergi dan pulang diucapkan kepada semua. Semoga ibadah haji kali ini menjadi ibadah diterima ALLAH SWT sebagai haji mabrur, akan melahirkan seorang mukmin yang bersih dari sebarang dosa dan noda, bertaqwa sepanjang masa dengan melaksanakan tuntutan dan meninggalkan segala tegahan-Nya.

Majlis berkenaan turut dihadiri Yang Berhormat Sahibul Samahah Dato’ Kaya Perba Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan; Yang Berbahagia Dato' Haji Mohyen bin Mosman, Pengarah Wilayah Timur Lembaga Tabung Haji dan Yang Berusaha Setiausaha MAIK, Encik Muhamad Rasani bin Ramli.

Alhamdulillah kesemua 141 jemaah haji bagi kumpulan terakhir ini bergerak dari Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra dekat Panji ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa menggunakan lima buah bas untuk penerbangan ke Kuala Lumpur jam 11.45 malam tadi.

Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, mereka dijangka tiba pada jam 8.00 pagi (waktu Arab Saudi) di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah.

Meskipun cuaca sepanjang tempoh pelepasan jemaah haji yang bermula 20 Mei lalu tidak menentu adakalanya hujan dan panas, namun proses pergerakan jemaah berjalan lancar dengan prasarana disediakan pihak MAIK dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji.

Pada tahun ini, seramai 2,617 orang rakyat Kelantan telah terpilih menunaikan haji dan penerbangan dari Kelantan bermula pada 20 Mei sehingga 29 Mei 2023.

Sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji telah dijadikan sebagai salah satu stesen pelepasan untuk jemaah haji dari Kelantan.

Alhamdulillah, kewujudan kompleks ini yang dibina di atas tanah wakaf seluas 11.969 ekar diwakafkan oleh Al-Marhum Tengku Kaya Pahlawan pada 29 Safar 1340 Hijrah bagi tujuan kebajikan telah membawa banyak manfaat kepada pelbagai pihak. Ganjaran pahala yang tidak putus-putus diterima oleh pewakaf. Subhanallah.

#MAIK2023

#WakafMAIK

flickr

www.flickr.com

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1328
Kelmarin3491
Minggu Ini20990
Bulan Ini20990
Jumlah Pengunjung29325607

A- A A+