faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

TRAGEDI SYAWAL... 3 BERANAK HILANG TEMPAT TINGGAL, ZAKAT MAIK GEMBIRAKAN MEREKA

Ketika mana kita masih dalam keseronokan mood raya. Ada insan yang diuji dengan kejadian tidak terduga. Itulah yang dihadapi tiga beranak di Kampung Surau, Salor di Kota Bharu ini, mereka hilang tempat tinggal dengan sekelip mata.

Pada 9 Syawal lalu, tiga buah rumah didiami, Cik Siti Nor binti Che Ndok, 94, Rumah Rosli bin Che Awang, 64 dan rumah Hamdan bin Che Awang, 61, hangus dalam kebakaran sekitar jam 1 petang. Semua harta benda tidak dapat diselamatkan. Api marak terlalu cepat. Mereka tinggal sehelai sepinggang.

Makcik Siti bersyukur, walaupun rumah peninggalan arwah suaminya yang meninggalkan sejuta kenangan terindah buat dia bersama 7 anaknya itu hangus, tetapi kejadian itu tidak meragut nyawa mereka anak-beranak.

Ibu kepada tujuh anak itu bersyukur kehadrat Ilahi kerana ketika kejadian dia yang mengalami sakit lutut itu tiada di rumah. Tiga jam sebelum rumahnya terbakar, dia berada di rumah anaknya. Bayangkan jika makcik Siti sendirian di rumah kayunya, dengan bertongkat dan dengan keadaan api yang marak terlalu cepat. Allahuakbar.

Ujian yang dilalui tiga beranak itu sampai ke pengetahuan pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Pihak MAIK pada hari ini telah menyantuni ketiga-tiga keluarga ini dan menyampaikan sumbangan segera sebanyak RM2,000 untuk setiap mangsa.

Sumbangan ini telah disampaikan Yang Berusaha Encik Mohd Izwan Shah bin Dato' Mohd Aiseri, Ketua Pegawai Pembangunan MAIK dan turut disertai Yang Berusaha Encik Ikhwan bin Mat Yasin, Pegawai Agihan Zakat MAIK bersama Yang Berusaha Encik Muhamad Firdaus bin Mat Rahim, Pegawai Komunikasi Korporat MAIK.

Diharapkan sumbangan zakat yang disampaikan ini dapat membantu urusan perbelanjaan mereka seharian. Sepanjang perbualan, mereka tidak putus-putus mengucapkan terima kasih atas sumbangan zakat ini. Mereka memberitahu kami, dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat menggembirakan mereka.

Kami yang mendengarnya juga turut bersyukur kerana sebagai badan induk yang menguruskan zakat di Kelantan ini, sudah pastinya itu yang kami mahukan.

Kami dapat melaksanakan amanah dan kepercayaan diberikan para pembayar zakat MAIK dan terpenting juga dapat menggembirakan hati para penerima terutamanya ketika mereka diuji dengan musibah.

Terima kasih pembayar zakat. Sama-sama kita doakan semoga ALLAH SWT mengurniakan rezeki berkat yang melimpah ruah kepada semua pembayar zakat MAIK untuk mereka terus menjadi pembayar zakat dan bersama-sama MAIK membantu insan memerlukan. Amin... Amin.. Amin Ya Rabbal Alamin.

PEMBAYAR ZAKAT, ANDA HERO SEBENAR ASNAF

#MAIK2023

#ZAKATMAIK

flickr

www.flickr.com

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini136
Kelmarin4019
Minggu Ini23817
Bulan Ini23817
Jumlah Pengunjung29328434

A- A A+