faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

HANYA 10 % PELUANG UNTUK HIDUP AKIBAT KANSER...MAIK HULURKAN BANTUAN

Mungkin ada yang tertanya-tanya ke mana duit zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) diagihkan. Jangan khuatir kami berikan kepada mereka yang layak dan amat memerlukan.

Hari ini, Sabtu, pihak MAIK kongsikan kisah hidup salah satu keluarga yang telah mendapat manfaat wang zakat yang diinfakkan kepada kami. Kisah kesusahan keluarga ini tular di media sosial.

Setelah mendapat maklumat, pihak MAIK pada hari ini telah segera menyantuni dan bertanya khabar keluarga abang Saupi bin Yaacob, 49 di Kampung Tanjong Stan, Kubang Kerian. Abang Saupi disyaki menghidap kanser usus dan pihak hospital memaklumkan dia hanya mempunyai 10 peratus peluang untuk hidup, ataupun sekiranya ususnya ditebuk maka dia akan koma.

Setelah berbincang dengan keluarga kedua-dua belah pihak suami dan isteri, kak Norizan binti Zakaria, 32 memberitahu mereka tidak mahu suaminya dibedah. Ujarnya dengan mata yang "berkaca" biarlah suaminya hidup dalam keadaan sebegini. Dia akan menjaganya sebaik mungkin, sama seperti dia menjaga kami semasa kudratnya masih kuat.

Kudrat sebagai sang isteri masih kuat, untuk dia memapah suaminya ke bilik air.

Sebelum ini, Abang Saupi mengambil upah dengan menanam sayur. Kesihatannya mula merosot. Dia berhenti kerja.

Pada 3 Ramadan lalu, dia dimasukkan ke wad. 27 hari berada di hospital kerana kekurangan darah dan badannya semakin lemah.

Meskipun tidak setitis air mata yang tumpah di hadapan kami ketika berbicara, kami mengerti perasaan mu, sebagai seorang isteri dan ibu kepada 4 anak masih kecil.

Sulung berumur 9 tahun. Kedua pula 6 tahun. Ketiga adalah anak istimewa (OKU-kelewatan perkembangan global-tidak boleh berjalan dan bercakap) berusia 2 tahun dan si bongsu berumur 1 tahun. Betapa hebat dugaanmu. Tapi kak Norizan bersyukur kerana keluarga sendiri, keluarga mertua, adik-beradik dan kawan-kawan membantu. Sekarang dia menumpang buat sementara waktu di rumah mertuanya di Kubang Kerian.

Kak Norizan juga tidak bekerja. Untuk menampung perbelanjaan harian, mereka menggunakan wang simpanan dan juga sumbangan pihak kerajaan. Tapi bayangkan, wang simpanannya semakin hari semakin sikit. Jadi pada hari ini juga, Yang Berusaha Encik Mohd Izwan Shah bin Dato' Mohd Aiseri, Ketua Pegawai Pembangunan MAIK turun padang untuk menyampaikan bantuan segera berjumlah RM3,000 dan juga bakul makanan. Lawatan turut disertai Yang Berusaha Encik Ikhwan bin Mat Yasin, Pegawai Agihan Zakat MAIK.

MAIK juga menyampaikan berita gembira kepada keluarga ini, yang mana pihak kami mempertimbangkan untuk memberikan Biasiswa Tengku Anis MAIK untuk anak sulungnya berusia 9 tahun itu.

Allahuakbar, tersentuhnya hati kami, walaupun suara Abang Saupi tidak begitu kuat dan tidak bertenaga untuk bercakap, dia menggagahkan diri mengucapkan terima kasih kepada MAIK yang membantu. Jutaan terima kasih juga ditujukan khas buat para pembayar zakat MAIK.

Dengan wang zakat inilah, pihak MAIK memberikan kelulusan segera iaitu bantuan bulanan sebanyak RM700 sebulan sebagai tambahan untuk menampung kos susu yang mencecah RM1,500 sebulan. Berdasarkan penilaian pihak MAIK, keluarga ini tergolong dalam kalangan tidak berkemampuan dan layak menerima zakat. Maka mereka berhak mendapatnya.

YA ALLAH... Betapa besarnya dan bermaknanya sumbangan zakat ini buat keluarga Abang Saupi dan betapa besar jua ganjaran buat pembayar zakat sekalian.

#ZakatMAIK

#Zakat2023

flickr

www.flickr.com

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini3827
Kelmarin3491
Minggu Ini23489
Bulan Ini23489
Jumlah Pengunjung29328106

A- A A+