faq lokasi aduan peta


SINOPSIS BUKU TERBITAN MAIK

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

SINOPSIS BUKU TERBITAN MAIK

Hubungi: Unit Penerbitan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Tel: 09-746 2348 / 013- 996 4363 (Whatsapp - Penerbitan). Potongan 20% sehingga 60% dengan pembelian buku di Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Buku - buku keluaran MAIK ini juga boleh didapati di Perkhidmatan Van Zakat Bergerak, MAIK atau dengan mengisi Borang Pembelian Buku DI SINI

BIL JUDUL BERAT (g) HARGA (RM)
1  Adab Orang Islam  398  RM 23.00
2  Asas Aqidah Islam  558   RM 20.00
3  Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jama’ah  140  RM 15.00
4  Bahasa Istana D'Raja Kelantan 439   RM 35.00
5  Bibliografi Kelantan : Satu Senarai Awal Sehingga 2018 598   RM 55.00
6  Bimbingan Fardu Ain 133   RM 10.00
7  Celik Wang 261   RM 10.00
8  Doa-doa Pilihan Dari As Sunnah & Al Quran 282   RM 11.90
9  Fatwa Kerajaan Negeri Kelantan (Jawi) Jilid 1 241   RM 15.00
10  Fatwa Kerajaan Negeri Kelantan (Jawi) Jilid 2 204   RM 13.50
11  Fathul Muin 560   RM 23.00
12  Furu' Al-Masa'il 625   RM 30.00
13  Gelaran Warisan Kelantan 230   RM 25.00
14  Halaman Adat Istiadat Raja & D'Raja Kelantan 1223   RM 160.00
15  Istana Balai Besar 1302   RM 150.00
16  Jati Diri Bangsa 895   RM 50.00
17  Kelantan - Patani 725   RM 45.00
18  Mus'ab Bin Umair 132   RM 16.00
19  MAIK : Its Role in The Field Of Religion, Education and Publication in Kelantan  Until 1990 523   RM 30.00
20  Meluruskan Kefahaman LA ILAHA ILLAL'LAH 181   RM 15.00
21  Precise Tafsir Of The Noble Quran 463   RM 30.00
22  Panduan Penyelenggaraan Jenazah 148   RM 15.00 
23  Peringatan 150 Tahun Masjid Muhammadi 310   RM 35.00
24  Puri Kencana :  Kulit keras 1075   RM 125.00
25  Puri Kencana :  Kulit Lembut 951   RM 75.00
26  Seni Pidato KDYMM Sultan Muhammad V 1050   RM 100.00
27  Syair Penghayatan Al-Quran 286   RM 25.00
28  Syair Adat Istiadat Kesultanan Melayu Kelantan (Kulit Keras) 577   RM 70.00
29  Syair Adat Istiadat Kesultanan Melayu Kelantan (Kulit Lembut) 468   RM 60.00
30  Teladan Kanan-kanak 354   RM 15.00
31  Tata Rakyat Negeri Kelantan (I) 244   RM 10.00
32  Tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (2)  879   RM 60.00
33  Ulama’ Besar Pattani (Rumi) : Kulit Lembut 1016   RM 50.00
34  100 tahun pengasuh 1072   RM 70.00
35  Majalah Pengasuh 188   RM 4.00

 ** Sila rujuk kos penghantaran (Quote Pos Laju) di https://www.pos.com.my/

Paparan:

Penulis: Sarji Kasim | Jumlah Halaman: 176 halaman | Harga: RM25.00

Buku ini menghidangkan kepada pembaca maksud isi kandungan al-Qur’an dalam bentuk syair. Ia diberi judul Syair Penghayatan al-Qur’an. Ia bermula dengan surah al-Rahman hinggalah surah al-Mursalat dengan mengetengahkan olahan maksud al-Qur’an dalam bentuk syair Melayu yang dikarang melalui tranformasi teks. Isi teks utama diambil berdasarkan dua buah kitab tafsir yang terkenal iaitu Tafsir al-Munir yang dikarang oleh Wahbah al-Zuhaily dan Tafsir al-Azhar yang dikarang oleh Hamka. Buku ini memuatkan 22 syair dengan 1092 rangkap yang dapat dijadikan rujukan untuk memperkaya ilmu Islam dan juga dapat menikmati estetika dan poetika syair Melayu. Dapatkan segera !.

 

Buku pelajaran Tata Rakyat Negeri Kelantan ini telah dipakai sebagai buku teks bagi mata pelajaran di sekolah-sekolah Agama/Arab di seluruh negeri Kelantan sejak 1992 lagi.

Selepas berlalu dua dekad, maka sangat terasa buku ini perlu disemak dan ditulis semula dengan meluruskan fakta-fakta serta menambah bab-bab baru yang perlu dimasukkan. Turut diperkaya dalam edisi baharu ini ialah beberapa ilustrasi dalam bentuk salasilah dan gambar-gambar bagi memudahkan para pelajar mengikuti pelajaran ini.

Diharap Semoga buku pelajaran Tata rakyat negeri Kelantan edisi baharu ini mampu memperkenalkan kepada murid-murid akan aspek-aspek menarik mengenai negeri Kelantan yang selama ini kurang mendapat perhatian.

Buku seumpama ini amat jarang dan sukar untuk diperoleh sekarang ini. Ia merupakan satu inisiatif pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dalam mendokumentasi gelaran-gelaran klasik yang digunakan dalam masyarakat Melayu Kelantan sehingga ke hari ini.

Buku ini diharapkan akan mendapat tempat dalam kalangan rakyat negeri Kelantan khasnya dan Malaysia umumnya. Ia sesuai dijadikan sebagai bahan rujukan dalam memupuk kesedaran akan perlunya menjaga dan melestarikan jati diri bangsa dek perubahan zaman.

Buku Istana Balai Besar Mercu Kedaulatan Dan Kegemilangan Raja-Raja Melayu Kelantan ini merupakan hasil daripada persetujuan dalam mesyuarat ahli Majlis Agama Islam dan adat istiadat Melayu yang dipengerusikan oleh Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail selaku Yang Dipertua Maik pokok ini juga terhasil setelah terbitnya buku-buku bercorak ‘coffee-table book’ seperti Masjid-Masjid Di Kelantan, Malaysia dan Resipi Cik Siti Wan Kembang. Penerbitan seumpama ini penting bagi MAIK dalam memelihara mendokumentasi dan melestarikan khazanah warisan budaya tinggalan masyarakat Melayu Kelantan terdahulu.

Diharapkan buku ini menjadi perintis dalam merakamkan kembali zaman Kesultanan Melayu Kelantan yang pertama di negeri ini yang usianya mencapai hampir tiga abad. Istana Balai Besar ini juga dapat dilihat sebagai ikon kepada pemerintahan sultan-sultan Kelantan Semenjak dahulu kala.

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2494
Kelmarin2807
Minggu Ini14923
Bulan Ini65063
Jumlah Pengunjung30888235

Pedoman Tartil Dalam Ilmu Tajwid