Penyelenggara: - Dato' Hj. Mohamad Shukri b. Mohamad
Buku ini adalah kombinasi dari dua buah buku Fatwa “Edisi Jawi iaitu Himpunan Fatwa Mufti Kerajaan Negeri Kelantan Jilid pertama yang diterbitkan pada Disember 1986 dan Jilid kedua pada Mei 1993.
Bagi memenuhi permintaan pembaca dan meluaskan audiens terutama generasi muda yang cenderung dan mampu membaca rumi, maka buku ini diterbitkan dalam edisi rumi di samping jadi identiti dan imej Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sejak satu abad yang lalu.
Mengandungi 50 bab yang telah disusun semula mengikut keutamaan dengan menghimpunkan bab taharah, bab solat, bab korban, bab zakat, bab perkahwinan dan penceraian, bab pusaka, bab muamalat dan bab masalah umum serta lain-lain dalam jilid yang pertama dan yang kedua menjadi satu bab.
Buku ini diharapkan dapat memberi manfaat yang besar kepada umat Islam sebagai panduan berhubung dengan masalah-masalah agama yang pernah diputuskan oleh Mufti dan Jemaah Ulama’ untuk memenuhi keperluan umat Islam.