faq lokasi aduan peta


BERITA 2025

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

BAGAIKAN MIMPI

Selain kisah Pakcik Ibrahim. Kali ini, hari ke-19 Ramadan, bulan penuh kemuliaan, kami juga turun padang menyantuni keluarga Pakcik Mohd Suzanni bin Ramli di Jalan Dusun Muda, Kota Bharu.

Pihak Masjid Jamek D’Raja Long Yunus Langgar memaklumkan keluarga Pakcik Suzanni perlu segera dibantu. Pakcik Suzanni berumur 55 tahun ini terlantar kerana kencing manis sejak 6 tahun lalu dan lebih memilukan lagi kaki kanannya sudah dipotong. Luka juga merebak ke bahagian tangan.

Dengan keadaan kesihatannya sebegini, Pakcik Suzanni sekurang-kurangnya memerlukan perbelanjaan lebih satu ribu ringgit sebulan untuk membeli lampin pakai buang, pembalut dan pencuci luka dan sebagainya lagi.

Pakcik Suzanni kini menumpang di rumah usang milik ibunya dan juga adik beradiknya turut tinggal bersama. Dari luar kami sudah nampak dengan jelas keadan rumah sangat uzur dan ketika kami masuk. Allahuakbar, keadaan rumah lagi teruk dengan keadaan atap dan dinding berlubang.

Berikutan keadaan penyakit kencing manis yang semakin merebak dan memerlukan banyak perbelanjaan, YABhg. Dato' Timbalan Yang Dipertua MAIK turut berbesar hati menyampaikan berita gembira buat keluarga ini dengan memberikan zakat tambahan. Sebelum ini dia mendapat RM 600. Alhamdulillah Pakcik Suzanni akan menerima bantuan tetap bulanan MAIK sebanyak RM1,000 setiap bulan. Ditambah pula dengan bantuan JKM sebanyak RM500.

Pada hari ini juga kami sampaikan sumbangan wang tunai segera berjumlah RM1,000 dan bakul makanan kepada keluarga Pakcik Suzanni. Bolehlah mereka berbelanja sepanjang Ramadan.

Bukan itu sahaja, hari ini kami sampaikan satu lagi khabar berita gembira dan yang tidak disangka-sangka oleh Pakcik Suzanni. Khabar gembira ini disampaikan Yang Amat Berbahagia, Dato’ Haji Mohd Anis bin Hussein, Timbalan Yang Dipertua MAIK. Beliau memberitahu yang MAIK bersedia untuk membina kediaman lebih selesa kepada mereka sekeluarga memandangkan keadaan tempat tinggal yang sangat uzur.

Sebelum kami turun tangga meninggalkan mereka. Pakcik Suzanni dalam keadaan terlantar tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada MAIK. Ucapan amat bermakna ini sebenarnya suara hati penuh keikhlasan dan bersyukur daripada dia kepada seluruh pembayar zakat MAIK.

Pada bulan yang mulia ini, kami doakan agar Allah SWT menggandakan ganjaran kebaikan buat kalian termasuk juga mengurniakan rezeki yang berkat dan sentiasa mengalir untuk memperbanyakan lagi amal jariah.

Ziarah hari ini turut disertai Yang Berusaha Tuan Haji Muhamad Rasani bin Ramli (Setiausaha MAIK), Yang Berusaha Puan Siti Farahida binti Fauzi (Pegawai Agihan Zakat MAIK) dan ditemani Al-Fadhil Ustaz Wan Saifuddin Bin Wan Abdul Ghani, Imam Tua Masjid Jamek D’Raja Long Yunus.

Sempena Ramadan, Ayuh Sucikan Harta Dengan Berzakat

#MAIK2025

#ZAKATMAIK

#TerimaKasihPembayarZakatMAIK

#Sentiasainginberbakti

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini501
Kelmarin3694
Minggu Ini24878
Bulan Ini4195
Jumlah Pengunjung39000333