faq lokasi aduan peta


BERITA 2025

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK DIDIK ORANG ASLI MUSLIM DI KELANTAN HAYATI KEINDAHAN RAMADAN

Keselesaan dan kebajikan para saudara baharu dalam kalangan Orang Asli di negeri ini menyambut sertai mengimarahkan Ramadan sentiasa menjadi keutamaan pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

MAIK bukan sahaja menumpukan masjid dan surau di penempatan kaum Melayu sahaja malah MAIK juga berusaha untuk memperkasakan setiap surau dan masjid di perkampungan Orang Asli bagi memberi keselesaan masyarakat Orang Asli menunaikan amal ibadah dengan sempurna khususnya di bulan Ramadan Al Mubarak.

Justeru pada tahun ini, MAIK menerusi Unit Dakwah kami telah menyalurkan RM42,500 melibatkan 30 masjid dan surau aktif yang mempunyai Orang Asli Muslim bagi pelaksanaan program Ihya’ Ramadan.

Masjid dan surau ini dijaga dan diuruskan oleh para daie dari kalangan Penggerak Masyarakat Orang Asli, Muallim, Guru Agama Orang Asli.

Pada 6 Mac lalu telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Sumbangan Kewangan Program Ihya’ Ramadan Untuk Surau/Masjid Di Perkampungan Orang Asli Kelantan Bagi Tahun 1446H/2025 yang diadakan di Masjid Jamek Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Gua Musang.

Penyerahan telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Murtadha bin Abdullah, Ketua Pegawai Agama MAIK dan turut dihadiri AF. Ustaz Fadly Hisyam Bin Mat Jun, Pegawai Dakwah Kanan, MAIK.

Program Ihya’ Ramadan di surau atau masjid adalah salah satu aktiviti yang dapat menarik minat masyarakat Orang Asli untuk hadir ke surau dan masjid dalam mengenali Islam terutamanya kelebihan di bulan Ramadan.

Usaha ini juga dilaksanakan bagi melatih masyarakat Orang Asli Muslim untuk menghayati keindahan bulan Ramadan dengan menjalani ibadah berpuasa dan solat tarawih. Sama-sama kita doakan semoga usaha para pendakwah kami mendidik mereka untuk terus istiqamah sebagai Muslim dan dapat merasai keindahana Ramadan ini dipermudahkan. Amin Ya Rabbal Alamin.

#MAIK2025

#DAKWAHMAIK

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini3522
Kelmarin3694
Minggu Ini27899
Bulan Ini7216
Jumlah Pengunjung39003354