faq lokasi aduan peta


BERITA 2024

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS SUMBANGAN KEPADA PENGHUNI DARUL AITAM MAIK

Unit Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra (KIJPSIP), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menerima kunjungan daripada Lions Club cawangan Kota Bharu  dan Mydin Mall  Kota Bharu pada 26 Januari 2024.

Kedua-dua pihak juga telah menyampaian sumbangan kepada kesemua penghuni Darul Aitam MAIK dalam majlis yang ringkas tetapi amat bermakna di Dewan Makan Darul Aitam Putera, KIJPSIP, Panji.

Majlis dihadiri Yang Berusaha Ustaz Mohd Afifi bin Haji Ahmad @ Ahmad Ashaari, Pengurus KIJPSIP, bersama Yang Berusaha Encik Yasman bin Haji Hashim @ Yasin, Penyelia Darul Aitam, MAIK berserta kakitangan Darul Aitam, MAIK dan Pengurus Lions Club cawangan Kota Bharu.

Terima kasih diucapkan kepada kedua-dua pihak di atas sumbangan yang disampaikan ini.

 

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2860
Kelmarin3481
Minggu Ini18162
Bulan Ini46881
Jumlah Pengunjung27513324