faq lokasi aduan peta


BERITA 2024

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK SANTUNI MANGSA KEBAKARAN PASAR BESAR KUALA KRAI

“Bukan duit zakat kan?” Itulah yang ditanya oleh beberapa mangsa kebakaran kepada kami.

Mereka merupakan 6 peniaga bukan Islam dan antara 18 peniaga di Pasar Besar Kuala Krai yang kehilangan keseluruhan barang jualan selepas kedai mereka musnah dalam kebakaran awal pagi Isnin.

Kami memaklumkan yang sumbangan diterima mereka hari ini bukanlah daripada sumber zakat tetapi sebaliknya bantuan baitulmal MAIK.

Mereka mengucapkan terima kasih kerana sememangnya tidak menyangka menerima sumbangan daripada pihak MAIK.

Seorang penerima, Lim Sok Guan, 62, yang sudah 30 tahun berniaga barang runcit dan sayur-sayuran tidak menyangka yang keadaan dihadapinya kali ini turut mendapat perhatian daripada pihak MAIK. Dia menganggarkan kerugian yang dialami sekitar RM10,000.

“Kami Chinese, meme (memang) tak sangka dapat bantuan MAIK. Terima kasihlah MAIK bantu.” Katanya.

Pihak MAIK diwakili AF. Ustaz Abdullah bin Ismail, Imam Tua Masjid Jamek Annur Guchil, Kuala Krai bersama Yang Berusaha Encik Amir Auni bin Mohd Roslan, Penolong Pegawai Agihan Zakat MAIK telah menyampaikan bantuan kepada 18 peniaga yang terlibat dengan nilaian keseluruhan sumbangan sebanyak RM15,000.

Sama-sama kita doakan agar semoga semua mangsa dapat bersabar atas musibah yang dilalui ini dan ALLAH SWT akan memberikan ganjaran di atas kesabaran umat-umatNya ini.

#MAIK2024

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2499
Kelmarin4103
Minggu Ini22269
Bulan Ini72409
Jumlah Pengunjung30895581