
PROGRAM PENUTUP MENTOR MENTEE DAN SIREH PULANG KE GAGANG DARUL QURAN MAIK SESI 2024M / 2025M
Unit Kaunseling, Seksyen Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Darul Quran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (DQ MAIK) telah menganjurkan Program Penutup Mentor Mentee dan Sireh Pulang ke Gagang, Darul Quran MAIK bagi sesi 2024/2025 pada 27 Februari 2025.
Program penutup itu dianjurkan bagi memberi penghargaan kepada kesemua mentor dan mentee yang terdiri daripada barisan pensyarah Darul Quran MAIK sebagai mentor dan kesemua para pelajar DQ MAIK yang berperanan sebagai mentee.
Program Mentor Mentee DQ MAIK yang diadakan di Dewan Huffaz DQ MAIKJ berkenaan merupakan program dilaksanakan secara berterusan semenjak ianya dirasmikan pada Disember tahun 2021.
Ia berperanan sebagai program sokongan kepada para pelajar dalam menyediakan hubungan yang positif antara para pensyarah dan para pelajar di samping menyemai budaya penyayang dan saling hormat-menghormati dalam kalangan warga DQ MAIK.
Dalam program tersebut juga kesemua 13 kumpulan mentor mentee telah diberikan penghargaan di atas komitmen dan kerjasama mereka sepanjang program ini berlangsung bagi sesi 2024M/2025M.
Selain daripada itu, seramai 32 orang pelajar semester 6 turut sama diraikan memandangkan ini merupakan semester terakhir mereka sebelum menamatkan pengajian diploma di DQ MAIK.
Program kali ini juga telah dilaksanakan bersekali dengan Program Kecemerlangan Akademik Sesi Pengajian Julai- Oktober 2024 DQ MAIK yang mana program ini telah dimulakan dengan Slot Rumusan Program dan Motivasi Persediaan Menghadapi Peperiksaan yang disampaikan oleh Yang Berusaha Cik Nur Farahanim binti Abdullah, Pegawai Psikologi DQ MAIK merangkap Penyelaras Program Mentor Mentee DQ MAIK.
Di samping itu, sesi perjumpaan mentor mentee terakhir juga telah dilaksanakan secara serentak mengikut kumpulan masing-masing di sekitar DQ MAIK.
Sesi penyampaian hadiah kepada kumpulan mentor mentee dan penghargaan kepada kesemua para pelajar semester 6 telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mahamad Azmi bin Zakaria, Mudir DQ MAIK.
Diharapkan, pada sesi akan datang, program ini akan dapat dilaksanakan dengan lebih cemerlang dengan pembaharuan dan penambahbaikan kepada modul yang bakal dilaksanakan.