faq lokasi aduan peta


BERITA 2025

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

WANG ZAKAT MAIK “TERBANGKAN” ADIK ZEEYA

Sudah 10 hari adik Zeeya ditidurkan. Allahuakbar. Hati ibu dan ayah mana yang tidak terkesan dengan ujian ini.

Adik Zeeya atau nama sebenarnya Nik Zeeya Fateema binti Nik Muhamad Fahmi baru berusia 1 tahun 6 bulan ini telah diuji dengan saluran jantung sempit, masalah jantung ini dialami sejak dilahirkan.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dimaklumkan oleh ibunya, Wan Zulaikha binti Wan Salleh, 31, anak bongsu dari tiga beradik ini telah menjalani pembedahan salur jantungnya pada Isnin lalu tetapi keadaannya masih kritikal.

Dia yang mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu kini ditidurkan.

Dengan keadaan yang agak kritikal ini, dia perlu menjalani pembedahan segera di Institut Jantung Negara, namun amat memeritkan kerana kos pembedahan difahamkan melebihi RM60 ribu. Di mana hendak dapatkan duit sebanyak itu dengan segera?

Si ayah pula bekerja sebagai tukang gunting, tapi sudah lama tidak bekerja disebabkan keadaan si bongsu yang tidak menentu, dia perlu menjalani rawatan susulan di Hospital Tanah Merah dan Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. Tapi itulah punca utama pendapatan keluarga. Allahuakbar. Bayangkan jika si bongsu yang tidak mengerti apa-apa ini adalah anak kita sendiri dan ketika itu kita tidak berduit. Takkan kita sanggup biarkan si kecil ini terlantar begitu sahaja.

Disebalik ujian ini, si ibu dan ayah bertuah kerana ahli keluarga mereka tahu bagaimana cara untuk membantu si bongsu ini.

Masalah ini dipanjangkan kepada pihak MAIK dan kami segera membantu keluarga ini supaya si kecil ini mampu bergembira seperti sedia kala, boleh membuatkan si ayah dan si ibu kembali tersenyum dan bergurau senda.

Bukan pihak MAIK yang bantu, tapi pembayar zakat MAIK sebenarnyalah yang telah membantu keluarga ini. Pembayar zakat MAIK bersedia untuk menampung keseluruhan kos pembedahan si bongsu ini. MAIK juga sampaikan bantuan segera berjumlah RM3,000.

Alhamdulillah, pada hari ini, 5 Februari 2025 adik Zeeya yang ditemani ibu diterbangkan pada jam 2.40 petang tadi dari Pengkalan Chepa oleh pesawat bomba dan turut bersama mengiringinya ialah Dr. Nik Nur Shahirah binti Ezani termasuk seorang jururawat.

Pesawat bomba dikendalikan oleh Timbalan Penguasa Bomba 2, Khirulnizam bin Jamaludin bersama enam yang lain dari Pangkalan Udara Wilayah Tengah Subang ini mendarat di padang Hospital Kuala Lumpur sebelum dihantar ke IJN.

Adik Zeeya dijangka menjalani pembedahan pada esok bagaimanapun, ia bergantung kepada keadaan terkini si bongsu ini.

Sebelum diterbangkan, dengan mata yang berkaca, si ibu mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pembayar zakat MAIK yang telah membantu anak bongsunya.

Lihatlah kalian betapa bermaknanya zakat yang diinfakkan kepada MAIK. MAIK dapat membantu mereka yang amat memerlukan. Terima Kasih Pembayar Zakat, Andalah Hero Sebenar Asnaf.

Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu melancarkan penerbangan adik Zeeya pada hari ini.

#MAIK2025

flickr

www.flickr.com

Print   Email

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini3598
Kelmarin4926
Minggu Ini31807
Bulan Ini13141
Jumlah Pengunjung42007895