faq lokasi aduan peta


BERITA 2021

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK ZIARAH DAN SAMPAIKAN SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM SIAK MASJID AL-SULTAN ISMAIL PETRA KUBANG KERIAN

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) hari ini telah menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada keluarga Allahyarham Siak Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian.

Allahyarham Haji Mohd Azizi bin Haji Abdullah Zawawi, yang merupakan Pembantu Hal Ehwal Islam (Siak), Masjid Al-Sultan Ismail Petra Kubang Kerian, telah meninggal dunia pada 30 September lalu.

Pengurusan dan seluruh warga MAIK berdukacita dan mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham Haji Mohd Azizi bin Haji Abdullah Zawawi ke alam abadi.

Hari ini, kami warga MAIK diwakili Al-Fadhil Imam Besar Negeri Kelantan, Ustaz Haji Muhammad Hana Pizi bin Abdullah bersama Pegawai Hal Ehwal Imarah Masjid (MAIK), Al-Fadhil Ustaz Haji Rosli bin Che Soh dan Al-Fadhil Ustaz Hairul Azizi bin Mokhtar selaku Imam Tua Masjid Al-Sultan Ismail Petra Kubang Kerian menziarahi keluarga arwah.

Sumbangan Khairat Kematian itu disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Muhammad Hana Pizi kepada isteri arwah iaitu Wan Maznah binti Wan Daud, di rumahnya di Kubang Kerian.

Allahyarham Haji Mohd Azizi bin Haji Abdullah Zawawi yang berusia 59 tahun itu telah menghembuskan nafas terakhir selepas lebih dua minggu menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu dan meninggalkan seorang isteri, serta lapan orang anak.

Keluarga beliau redha dengan pemergian ketua keluarga itu dan turut mengucapkan terima kasih kepada pihak MAIK yang sering bertanya khabar keluarga mereka.

Pada pertemuan itu juga ibu kepada arwah, iaitu Nafisah binti Sulaiman, 73, turut berkongsi perasaannya. Makcik Nafisah memberitahu anak lelakinya itu seorang yang sangat menghormati ibu dan bapanya.

Mengenangkan kebaikan arwah, ibunya memberitahu, setiap kali isterinya memasak, pastinya lauk-pauk itu terlebih dahulu dihantar kepada kami sebelum dimakan bersama ahli keluarganya di rumah.

Warga MAIK mendoakan semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh. Amin Ya Rabbal Alamin. Sama-sama kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada allahyarham Haji Mohd Azizi.

Disediakan Oleh : Rosmiza Binti Kasim

 

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1700
Kelmarin3045
Minggu Ini4745
Bulan Ini4745
Jumlah Pengunjung29309362