faq lokasi aduan peta


BERITA 2021

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK ZIARAH DAN SAMPAIKAN SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM MOHD AZMI

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) hari ini telah menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada keluarga Allahyarham Mohd Azmi bin Md Salleh yang juga Pembantu Tadbir.

Pengurusan dan seluruh warga MAlK berdukacita dan mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham Mohd Azmi pada Jumaat lalu.

Beliau meninggalkan seorang isteri, Elani Ismail,46 yang menghidap angin ahmar sejak tiga bulan lalu dan empat anak perempuan berusia antara 15 hingga 24 tahun.

Hari ini, YBrs Encik Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK bersama YBrs Pegawai Komunikasi Korporat MAIK, Encik Muhamad Firdaus bin Mat Rahim telah menziarahi keluarga tersebut dan turut menyampaikan sumbangan khairat kematian di rumahnya di Kampung Laut, Tumpat.

Pihak MAIK juga akan menjaga kebajikan keluarga Allahyarham Mohd Azmi.

MAIK juga ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan di atas khidmat bakti yang dicurahkan beliau selama lebih 30 tahun berbakti.

Warga MAIK mendoakan semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh. Amin Ya Rabbal Alamin. Sama-sama kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada Allahyarham Mohd Azmi bin Md Salleh.

Disediakan Oleh : Rosmiza Binti Kasim

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini405
Kelmarin3045
Minggu Ini3450
Bulan Ini3450
Jumlah Pengunjung29308067