faq lokasi aduan peta


BERITA 2021

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM BIASISWA TENGKU ANIS (BTA) MAIK PASTIKAN PELAJAR ASNAF FAKIR DAN MISKIN TIDAK TERCICIR DALAM SOAL PENDIDIKAN

Sejak diperkenalkan pada tahun 2004, Program Biasiswa Tengku Anis (BTA) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah banyak memberi manfaat kepada anak-anak pelajar daripada golongan asnaf fakir dan miskin.

Sebagaimana matlamat bantuan diperkenalkan dalam membantu para pelajar sekolah, Program BTA MAIK dilihat sebagai satu jambatan dalam membantu pelajar di dalam urusan persekolahan mereka dan meringankan beban ibu bapa.

Sejak 2004 sebanyak RM450,000 telah diperuntukkan melibatkan 258 orang penerima, manakala pada tahun 2021 sejumlah RM3,200,000 juta telah diperuntukkan untuk memastikan 1,017 orang anak-anak pelajar golongan asnaf fakir dan miskin tidak tercicir dalam menimba ilmu di alam persekolahan.

Sehingga kini, tahun 2021 selepas 15 tahun program ini dijalankan, hampir RM16,171,860 telah dibelanjakan.

Untuk makluman bersama BTA MAIK merupakan program bantuan kewangan yang diberikan secara bulanan demi membantu para pelajar sekolah rendah, menengah dan juga Tingkatan Enam dalam ketegori asnaf fakir serta miskin yang mana keutamaan diberikan kepada golongan ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya.

Bagi sekolah rendah, murid Tahun Tiga hingga Tahun Enam akan menerima RM80 sebulan, manakala pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima mendapat RM120 sebulan dan Tingkatan Enam diberikan RM180 sebulan.

Menarik dan membanggakan untuk dikongsi, apabila seramai 10 penerima BTA MAIK telah memperoleh keputusan cemerlang bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 dan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) 2020.

ALHAMDULILLAH. Ada diantara pelajar-pelajar yang mendapat tajaan BTA daripada MAIK ini telah mendapat keputusan yang amat membanggakan penyumbang, bahkan turut menggembirakan keluarga mereka.

Dikongsikan, apabila terdapat seorang penerima, juga anak kepada seorang ibu tunggal yang bekeja di stesen minyak mendapat PNGK 4.0 bagi peperiksaan STPM 2020. Tahniah MAIK ucapkan kepada pelajar ini.

MAIK menumpang bangga dengan pencapaian tersebut, sehubungan itu pengurusan MAIK bersetuju menghadiahkan saguhati berjumlah RM1,000 kepada setiap pelajar berkenaan.

MAIK juga memberikan tawaran kepada mana-mana pelajar yang berminat disalurkan kepada Program-Program Pendidikan MAIK di peringkat pengajian tinggi.

Kami yang melihat kejayaan ini turut gembira apatah lagi para pembayar zakat dan penyumbang menerusi MAIK. Sudah tentu mereka ini lagi gembira kerana dengan sumbangan harta yang diinfakkan itu dapat membantu adik-adik ini meneruskan pendidikan yang sekali gus mampu mengubah masa depan keluarga mereka suatu masa nanti.

Disediakan Oleh : Rosmiza Binti Kasim

 

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini997
Kelmarin3045
Minggu Ini4042
Bulan Ini4042
Jumlah Pengunjung29308659