faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

SERAMAI 1,134 PELAJAR ASNAF FAKIR DAN MISKIN JAJAHAN MACHANG TERIMA BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIK

Sesi persekolahan yang bakal bermula kali ini lebih bermakna buat 1,134 anak-anak pelajar asnaf fakir dan miskin di jajahan Machang kerana mereka dapat mengenakan kelengkapan sekolah serba baharu.

Kesemua mereka menerima Bantuan Persekolahan yang bernilai RM150 setiap seorang melibatkan wang tunai bersama beg serta alat tulis dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Bantuan Persekolahan yang bernilai RM 170,100.00 itu telah diagihkan oleh YABrs. Encik Nik Mohd Hasanuddin bin Nik Hussain, Ketua Jajahan Machang bersama Al-Fadhil Ustaz Roslee@Mohamad bin Ismail, Imam Tua Masjid Sultan Yahya Petra Machang menerusi Imam-Imam Masjid Mukim Jajahan Machang pada 6 Mac 2022.

Imam Mukim masing-masing akan menyerahkan sumbangan berkenaan kepada anak mukim mereka mengikut kesesuaian semasa. Semoga bantuan ini dapat menceriakan adik-adik yang bakal memulakan persekolahan nanti dan diharapkan dapat belajar dengan sempurna.

Terima kasih kepada para pembayar zakat yang telah menginfakkan harta mereka menerusi MAIK bagi meringankan beban dan memberikan kegembiraan kepada golongan asnaf fakir dan miskin di negeri Kelantan.

Terima Kasih Para Pembayar Zakat, Anda Adalah Hero Asnaf!

Kira Zakat Anda:

Kalkulator Zakat MAIK

Potongan Zakat Bulanan:

http://eptg.e-maik.my/

Wakaf Tunai:

http://wakaftunai.e-maik.my

Layari Portal Rasmi www.e-maik.my untuk maklumat lanjut.

Jangan lupa Follow, Like dan Share :

- Instagram: https://www.instagram.com/maikkelantan

- Facebook: Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan

#MAIK2022

#MAIKPrihatin

 

 

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2667
Kelmarin3045
Minggu Ini5712
Bulan Ini5712
Jumlah Pengunjung29310329

A- A A+