faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

BENGKEL PENYELARASAN KURIKULUM INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM (IPI) , KATEGORI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN (MTAQ) MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN (MAIK)

Pada 17-19 Mac 2022, Unit Dakwah, MAIK telah mengadakan Bengkel Penyelarasan Kurikulum, Institusi Pendidikan Islam, MAIK Kategori Maahad Tahfiz Al-Quran di Hotel Crown Garden, Kota Bharu, Kelantan.

Bengkel yang berlangsung selama 3 hari 2 malam itu telah dihadiri oleh pengetua dan wakil- wakil Maahad Tahfiz Al-Quran.  Bengkel tersebut bertujuan untuk membincangkan bentuk penyelarasan kurikulum yang akan diguna pakai di seluruh Maahad Tahfiz Al-Quran yang berdaftar dan berada di bawah kawalan MAIK.

Libat urus pihak Institusi Pendidikan Islam khususnya Maahad Tahfiz Al-Quran bersama-sama pihak pengurusan MAIK dalam membincangkan penyelarasan kurikulum ini dilihat sebagai satu bentuk kerjasama yang baik dalam memastikan kurikulum yang akan dilaksanakan di Institusi- institusi Pendidikan Islam yang mendaftar di bawah kawalan MAIK dan akan mendaftar   menepati kurikulum yang ditetapkan oleh pihak MAIK serta selari dengan sistem pendidikan arus perdana negara.

Yang Berhormat Sahibus Samahah Dato’ Mufti Kerajaan Negeri Kelantan dalam ucapannya menegaskan kurikulum yang akan diselaras hendaklah mengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu aliran Asyairah Wal Maturiddiyyah serta pegangan Fiqh Mazhab Syafie.  Fahaman Tasawwuf pula berpandukan al-Imam Ghazali dan al-Imam Junaid al-Baghdadi manakala konsep taat setia pada pemerintah sebgai Waliyul Amri hendaklah ditekankan dan diperkemas lagi.  Pihak MAIK juga menetapkan pelajaran Buku Tata Rakyat Negeri Kelantan hendaklah diajarkan di Institusi- institusi Pendidikan Islam, MAIK diseluruh negeri Kelantan.

Bengkel Penyelarasan Kurikulum ini turut menjemput wakil Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Wilayah Timur iaitu Ts. Mad Zafri bin Ismail, Penolong Kanan Pengarah JPK bagi memberi penerangan kepada para pengetua dan mudir Maahad Tahfiz Al-Quran (MTAQ) sebagai laluan yang boleh menjamin keboleh pasaran pelajar setelah menamatkan pengajian di MTAQ nanti.

Majlis penutup Bengkel Penyelarasan Kurikulum Institusi Pendidikan Islam Kategori Maahad Tahfiz Al-Quran ini dirasmikan oleh AF. Haji Murtadha bin Haji Abdullah, Ketua Pegawai Agama MAIK mewakili YABrs. Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK

 

 

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2945
Kelmarin3045
Minggu Ini5990
Bulan Ini5990
Jumlah Pengunjung29310607

A- A A+