faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

SUASANA SEKITAR SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI WARGA PUSAT LATIHAN MUALAF, MAIK

Hampir 100 orang tetamu termasuk sembilan penghuni Pusat Latihan Mualaf memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pusat Latihan Mualaf Tumpat semalam.

Majlis anjuran Unit Dakwah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) itu diserikan dengan kehadiran Yang Amat Berusaha, Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK, AF. Haji Murtadha bin Abdullah, Ketua Pegawai Agama MAIK bersama YBrs. Puan Siti Farahida binti Fauzi, Pegawai Dakwah (Kanan) MAIK.

Pada majlis itu juga, selain sajian utama para tetamu dihidangkan dengan karipap pusing istimewa hasil air tangan penghuni dengan bimbingan tenaga pengajar disediakan pihak MAIK.

Selain itu, Yang Amat Berusaha, Haji Zulkifle bin Ab Rahman turut menerima hadiah istimewa daripada penghuni iaitu lukisan yang dihasilkan sendiri oleh salah seorang penghuni. Lukisan berkenaan menggambarkan setiap liku-liku kehidupan yang dilalui dalam keperitan pastinya suatu hari nanti di penghujungnya menemui cahaya kegembiraan atas sokongan pihak lain dan kemahuan diri untuk berubah.

Lukisan itu juga menggambarkan peranan pihak MAIK dan para pewakaf yang mewujudkan Pusat Latihan Mualaf dalam membantu memberikan bimbangan kepada kumpulan sepatutnya supaya mereka dapat menikmati nikmat kehidupan dalam redha ALLAH SWT.

Pusat Latihan Mualaf ini berfungsi sebagai tempat perlindungan sementara, pusat aktiviti Saudara Baru, penyediaan kemudahan bagi mengurangkan bebanan Saudara Baru, disamping memberi suasana selamat serta tunjuk ajar dalam mendalami ilmu agama Islam.

Ia juga merupakan Pusat Latihan Mualaf pertama di Kelantan yang diwujudkan di Kampung Kok Keli di Tumpat dan dibina di atas tanah yang diwakafkan oleh pemiliknya, Datuk Dusuki bin Ahmad.

Pihak MAIK akan memanfaatkan hasrat pewakaf supaya Saudara Baru mendapat perlindungan yang selesa dengan pengisian pengajaran agama dan aktiviti yang akan dapat membantu kehidupan mereka apabila keluar dari pusat ini nanti.

 

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1842
Kelmarin3023
Minggu Ini18326
Bulan Ini88769
Jumlah Pengunjung27555212

A- A A+