faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

BENGKEL PENYELARASAN KURIKULUM KATEGORI SEKOLAH AGAMA SWASTA INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM (IPI) MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN (MAIK)

Pada 23 Januari 2022, Unit Dakwah, Institusi Pendidikan Islam (IPI), Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengadakan Bengkel Penyelarasan Kuriulum Kategori Sekolah Agama Swasta, IPI, MAIK yang bertempat di Dewan Tok Kenali, Aras 2, Bangunan MAIK.

Bengkel tersebut telah dihadiri oleh pengetua dan wakil-wakil Sekolah Agama Swasta Rendah dan Menengah, IPI, MAIK yang bertujuan untuk membincangkan mengenai penyelarasan pelaksanaan kurikulum lebih-lebih lagi yang melibatkan Kurikulum Diniah yang dilaksanakan di Sekolah-sekolah Agama Swasta ini.

Libat urus pihak Sekolah Agama Swasta, IPI, MAIK bersama-sama pihak pengurusan MAIK berkaitan penyelarasan kurikulum ini dilihat sebagai satu bentuk kerjasama yang baik dalam memastikan kurikulum yang dilaksanakan menepati kurikulum yang ditetapkan oleh pihak MAIK selari dengan sistem pendidikan arus perdana negara.

YB. SS. Dato’ Mufti Kelantan dalam ucapannya menegaskan Kurikulum Diniah yang telah dan akan dilaksanakan di IPI, MAIK hendaklah mengikut fahaman ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu aliran Asyaairah Wal Maturidiah serta pegangan Fiqh Mazhab Syafie. Manakala fahaman tasawuf berpandukan Imam Ghazali serta Imam Junaid al-Baghdadi dan konsep taat setia pada pemerintah iaitu Waliyul Amri hendaklah ditekankan dan diperkemaskan.

Bengkel Penyelarasan Kurikulum juga turut menjemput YBrs. Puan Siti Nor Jihan binti Salleh@Md Ghazali Ketua Seksyen Pengurusan KAFA Negeri Kelantan bagi menyampai dan menerangkan berkaitan Kurikulum Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dan prosedur permohonan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) kepada semua wakil-wakil Sekolah Agama Swasta IPI, MAIK yang hadir.

Majlis bersurai dengan penyampaian cenderahati kenang-kenangan dan makan tengah hari.

 

 

 

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini3030
Kelmarin3540
Minggu Ini12628
Bulan Ini12628
Jumlah Pengunjung29317245

A- A A+