faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK BANTU : SAYA REDHA...KEDAI DAN TEMPAT TINGGAL HANGUS DIJILAT API

Terpaksa berputih mata, itulah yang dihadapi oleh Samsudin bin Sulaiman, 64, apabila kedai makan dan tempat tinggal miliknya musnah dalam kebakaran di Cabang Tiga Pahi, Kuala Krai.

Kejadian berlaku lebih kurang jam 10 malam kelmarin itu, turut memusnahkan semua peralatan perniagaan dan penginapan pekerja musnah. ALLAHUAKBAR besarnya dugaan dihadapi Abe Din.

Sebagai umat Islam, kita perlu ingat bahawa, tiada sesuatu akan berlaku sama ada berita baik atau tidak kecuali dengan izin ALLAH S.W.T, kerana setiap perkara yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Oleh itu, sebagai manusia biasa, kita hendaklah mengambil iktibar kerana ujian ALLAH S.W.T adalah untuk umat-umatnya yang sabar dan mampu untuk menghadapinya.

Cerita Abe Din, dia masih bernasib baik, ALLAH S.W.T masih sayangkan mereka kerana ketika kejadian, dia bersama ahli keluarga yang lain berada di bandar Kuala Krai sebelum mendapat panggilan dan bergegas ke tempat kejadian.

"Alhamdulillah, tindakan pantas anggota Bomba dan Penyelamat berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan lain, biarpun kedai dan tempat tinggal kami musnah.

"Saya redha dengan ujian yang dihadapi ini. Insya-ALLAH, kami akan bangkit kembali untuk memulakan perniagaan kerana itu adalah sumber pendapatan utama saya menyara keluarga.

“Kami bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku selain kenderaan juga sempat diselamatkan oleh jiran," katanya yang mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantunya.

Ujian yang menimpa Abe Din tersebut telah diketahui oleh pihak Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Pihak MAIK yang diwakili Al-Fadhil Ustaz Armin Azahari bin Mamat, Imam Tua Masjid Tengku Muhammad Faris Petra Bandar Kuala Krai telah segera bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan wang tunai dengan segera kepada Abe Din.

Kami mendoakan semoga Abe Din tabah menerima ujian ini dan Insya-ALLAH, sama-sama didoakan agar Abe Din mendapat rezeki yang lebih luas dan digantikan dengan yang lebih baik oleh ALLAH S.W.T kerana Abe Din terpaksa memulakan perniagaan dari awal memandangkan kesemua barangan serta wang simpanan dan modal hangus dalam kejadian tersebut.

ﺇِﻧَّﺎ ﻟِﻠَّﻪِ ﻭَﺇِﻧَّﺎ ﺇِﻟَﻴْﻪِ ﺭَاﺟِﻌُﻮﻥَ اﻟﻠﻬُﻢَّ ﺃْﺟُﺮْنا ﻓِﻲ ﻣﺼﻴﺒتنا، ﻭَﺃَﺧْﻠِﻒْ لنا ﺧَﻴْﺮًا ﻣِﻨْﻬَﺎ، ﺇِﻻَّ ﺃَﺟَﺮَﻩُ اﻟﻠﻪُ ﻓِﻲ ﻣُﺼِﻴﺒَﺘتنا، ﻭَﺃَﺧْﻠَﻒَ ﻟَنا ﺧَﻴْﺮًا

"Sesungguhnya kita adalah milik ALLAH dan kepada ALLAH kita kembali. Ya Allah berilah pahala atas musibah kami dan berilah ganti yang lebih baik daripada musibah ini, kecuali ALLAH akan memberi pahala dalam musibahnya dan memberi ganti yang lebih baik daripada musibah tersebut”

Dikesempatan ini kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kesemua pihak yang menginfakkan harta menerusi MAIK kerana dengan harta yang disumbangkan itulah MAIK dapat membantu mereka yang memerlukan.

Jadi, jom rebutlah peluang untuk melakukan kebaikan. MAIK juga menyediakan perkhidmatan membayar zakat secara atas talian.

'𝑻𝑬𝑹𝑰𝑴𝑨 𝑲𝑨𝑺𝑰𝑯 𝑷𝑬𝑴𝑩𝑨𝒀𝑨𝑹 𝒁𝑨𝑲𝑨𝑻. 𝑨𝑵𝑫𝑨 𝑯𝑬𝑹𝑶 𝑨𝑺𝑵𝑨𝑭!'

 

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini3264
Kelmarin3540
Minggu Ini12862
Bulan Ini12862
Jumlah Pengunjung29317479

A- A A+