faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

TAKLIMAT KEWAJIPAN BERZAKAT BERSAMA LKIM

Seramai 40 warga Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Kelantan telah mengikuti perkongsian ilmu berkaitan dengan zakat  bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada hari ini, bersamaan 24 Januari 2022.

Pencerahan dan juga kefahaman mengenai kewajipan berzakat tersebut telah dikongsikan oleh Al-Fadhil  Ustaz Nik Mohd Afif Azhan bin Nik Mohd Naidi selaku Pegawai Zakat MAIK.

Program ilmu berkenaan turut disertai secara maya selain bersemuka oleh kakitangan LKIM yang bermula pada jam 10 pagi di pejabat LKIM di Kota Bharu.

MAIK juga menyediakan khidmat potongan gaji untuk pembayaran zakat. Justeru bagi mereka yang ingin berzakat tetapi tidak berkelapangan untuk hadir ke pejabat MAIK, saudara-saudari boleh menunaikannya  menerusi http://eptg.e-maik.my/

Mudahkan! Kalau nak tahu juga cara pengiraan zakat anda juga boleh melayari link yang disediakan di bawah ini:

🔴Kira Zakat Anda:

https://www.e-maik.my/v2/pautan-eperkhidmatan/kalkulator-zakat-pendapatan

🔴Potongan Zakat Bulanan:

 http://eptg.e-maik.my/

🔴Wakaf Tunai:

 http://waqaftunai.e-maik.my/

Layari Portal Rasmi www.e-maik.my untuk maklumat lanjut.

Jangan lupa Follow, Like dan Share :

- Instagram: https://www.instagram.com/maikkelantan

- Facebook: Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan

 

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2715
Kelmarin3540
Minggu Ini12313
Bulan Ini12313
Jumlah Pengunjung29316930

A- A A+