faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

DERITA IBU TIGA ANAK HIDAP KENSER USUS TAHAP 4 DAPAT PERHATIAN MAIK

Sejak Mei tahun lalu, ibu tiga cahaya mata ini yang tinggal di Kampung Cherang Bukit Tiu, Machang menderita kanser usus tahap empat. Azizah binti Abdul Rahman berusia 53 tahun mengetahui mengenai penyakitnya itu setelah mengalami sembelit yang serius.

Ekoran itu, dia sudah menjalani 12 kali rawatan kimoterapi di Hospital Raja Perempuan Zainab II dekat Kota Bharu. Dia juga bergantung kepada beg stoma untuk membuang air besar. Sekiranya terlalu banyak pergerakan, usus kak Azizah akan terkeluar dan perlu ditekan supaya masuk semula ke dalam perut.

Kak Azizah terus diuji, apabila sejak sebulan lalu dia sukar bernafas. Kemungkinan kerana sel kanser sudah merebak ke paru-parunya. Di sebalik ujiannya itu, ALLAH SWT mengurniakan sang suami yang setia menjaganya dan mengurusnya. Meskipun suaminya Jasman bin Mat Zain, 56 yang bekerja kampung dengan pendapatan tidak menentu itu keluar mencari rezeki, dia tidak pernah mengabaikan Kak Azizah.

Pihak doktor juga saran agar Kak Azizah menjalani kimoterapi sekali lagi untuk kecutkan sel kanser. Kosnya agak mahal sekitar RM30,000. Ibu kepada anak berusia 15-23 tahun itu berfikir, bagaimana nak dapatkan duit?

Kak Aziah yang tinggal di rumah sewa itu juga bersyukur kerana kos untuk beg stoma telah ditanggung oleh Majlis Kanser Negara dan mendapat RM250 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kisah hidup keluarga Kak Azizah telah sampai ke pengetahuan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Pihak MAIK menerusi Al-Fadhil Ustaz Roslee @ Mohamad bin Ismail, Imam Tua Masjid Sultan Yahya Petra Bandar Machang telah tampil menghulurkan bantuan dengan menyampaikan sumbangan wang tunai. Semoga bantuan ini dapat meringankan sedikit sebanyak bebenan keluarga Kak Azizah. Terima kasih juga kepada pembayar zakat menerusi MAIK.


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini829
Kelmarin3741
Minggu Ini8296
Bulan Ini81358
Jumlah Pengunjung30904530

A- A A+