faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

WARGA DARUL AITAM MAIK GOTONG-ROYONG KACAR BUBUR ASYURA

Pihak Pengurusan Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra (KIJPSIP), Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bersama penghuni Darul Aitam MAIK telah mengadakan Program Assyura pada 31 Julai 2022 lalu. Program yang diadakan di ruangan meletak kenderaan di KIJPSIP, Panji itu bermula seawal jam 7 pagi lagi bagi penyediaan bahan-bahan untuk memasak bubur asyura.

Seramai 92 orang penghuni Darul Aitam Putera dan Darul Aitam Puteri bersama warga pengurusan KIJPSIP secara bergotong-royong telah mengacau tiga kawah bubur asyura.

Program sempena bulan Muharram ini diadakan bertujuan memupuk semangat musyawarrah dalam kalangan penguhuni dan kakitangan KIJPSIP di samping menyemai budaya kerjasama antara satu sama lain.

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini295
Kelmarin2801
Minggu Ini10801
Bulan Ini81244
Jumlah Pengunjung27547687

A- A A+