faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KIRA-KIRA 600 PEGAWAI MASJID SELIAAN MAIK SERTAI LAFAZ IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) PERINGKAT PERTAMA

Alhamdulillah semalam, tanggal 23 Mei 2022, seramai 600 Pegawai Masjid seliaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah selesai melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diadakan di Dewan Utama Tengku Kaya Pahlawan, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji.

IBR berkenaan dilafazkan di hadapan Yang Amat Berusaha, Timbalan Yang Dipertua MAIK, Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman dan Yang Amat Berusahaha Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya, Encik Rosli bin Husain, Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Negeri Kelantan.

Lafaz berkenaan melibatkan Pegawai Masjid untuk peringkat pertama itu telah disaksikan Yang Berhormat Mulia, Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, juga merupakan Yang Dipertua MAIK.

Hadir sama, YB. SS. Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan dan Yang Berusaha, Encik Mohd Izwan Shah bin Dato’ Haji Mohd Aiseri.

Acara penuh bermakna kepada MAIK itu telah berlangsung sempena Majlis Ikrar Bebas Rasuah dan Pengurniaan Tauliah Pelantikan Pegawai Masjid Mukim Tahun 2022.

IBR ini juga adalah sebahagian komitmen MAIK dalam menyokong dan mendukung prinsip amanah dan integriti dalam perkhidmatan.

Alhamdulillah, pada majlis sama pihak SPRM Kelantan memaklumkan kepada media bahawa sehingga kini kakitangan MAIK bersih daripada kesalahan rasuah dan salahguna kuasa.

Semoga dengan IBR yang disempurkan ini, dapat memberikan iltizam kepada semua Pegawai Masjid Mukim bagi melaksanakan tugasan dengan lebih cekap dan berintegriti, seterusnya menunjukkan teladan dan qudwah yang baik kepada masyarakat secara amnya.

 

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini595
Kelmarin2407
Minggu Ini19486
Bulan Ini595
Jumlah Pengunjung29305212

A- A A+