faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

TITAH YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK KEPADA PEGAWAI MASJID MUKIM DI KELANTAN

Pegawai Masjid Mukim merupakan tonggak penting dalam program pengimarahan masjid dan memastikan syiar serta syariat islam dapat disebarluas sepanjang masa.

Itu merupakan antara titah yang ditekankan oleh Yang Berhormat Mulia, Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz juga merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Titah berkenaan bersempena Majlis Ikrar Bebas Rasuah dan Pengurniaan Tauliah Pelantikan Pegawai Masjid Mukim Tahun 2022 yang berlangsung dengan jayanya semalam.

Institusi masjid ini penting dan mulia, maka setiap pelantikan Pegawai Masjid Mukim hendaklah mendapat ampuni perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan Kelantan.

Ini dijelas dan dimaktubkan dalam Seksyen 87, Enakmen MAIK Bil.4 Tahun 1994. Justeru, watikah pelantikan pegawai masjid mukim telah ditanda tangani sendiri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan Kelantan yang memberikan isyarat bahawa peranan dan tanggungjawab Pegawai Masjid Mukim adalah besar dan penting kepada masyarakat dan negeri.

Alhamdulillah semalam, 23 Mei 2022 bersamaan 22 Syawal 1443H, seramai 107 imam dan bilal di Kelantan telah menerima kurniaan Tauliah Pelantikan Pegawai Masjid Mukim Tahun 2022 daripada Yang Berhormat Mulia, Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz.

Majlis turut dihadiri YB. SS. Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan, Yang Amat Berusaha, Timbalan Yang Dipertua MAIK, Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Yang Amat Berusahaha Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya, Encik Rosli bin Husain, Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Negeri Kelantan dan Yang Berusaha, Encik Mohd Izwan Shah bin Dato’ Haji Mohd Aiseri.

Pihak pengurusan MAIK juga sedang mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia untuk melihat dan meneroka peluang tawaran kepada Pegawai Masjid Mukim bagi menyambung pengajian dalam tempoh perkhidmatan dan diberikan sijil yang setaraf dalam bidang pengurusan masjid.

Semoga usaha ini dapat direalisasikan dan mencapai matlamat yang ditetapkan.

Watikah pelantikan diterima ini juga merupakan amanah penting yang harus dilaksanakan dengan ikhlas dan cemerlang, kerana ia akan dinilai dari masa ke masa oleh pihak pengurusan MAIK dan seterusnya masyarakat setempat mukim tuan-tuan bertugas.

Titah Yang Berhormat Mulia Tengku Yang Dipertua MAIK jua, jagalah imej dan nama baik pihak MAIK dalam melaksanakan urusan harian di masjid, mudah-mudahan ia menjadi asbab kebaikan untuk kita bersama.

 

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini314
Kelmarin2407
Minggu Ini19205
Bulan Ini314
Jumlah Pengunjung29304931

A- A A+