faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN MAIK

Seramai 33 pelajar terdiri daripada Pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar dan Pembimbing Rakan Siswa Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam dan Adat Isitiadat Melayu Kelantan (MAIK) tahun 2022 telah menyertai Kursus Kepimpinan Pelajar Maahad Tahfiz MAIK.

Kursus anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar Maahad Tahfiz MAIK itu telah berlangsung bermula 26 hingga 28 Mei 2022 di Putera Valley Resort & Training Centre, Tanah Merah, Kelantan

Objektif utama penganjuran kursus adalah untuk melatih dan membentuk sahsiah serta sifat kepimpinan dalam diri setiap peserta disamping mengasah kemahiran kepimpinan serta kemahiran lain yang bersesuaian dalam diri peserta sebagai seorang pemimpin pelajar di Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK.

Ia juga dijayakan bagi melahirkan dan membentuk semangat kerjasama sebagai sebuah kumpulan pemimpin pelajar yang  berwibawa dan bersatu hati.

Selain itu ia juga dapat membantu pelajar dalam membentuk disiplin diri sebagai seorang pemimpin terutama dalam aspek penjagaan masa belajar dan di luar waktu belajar serta memupuk nilai-nilai murni sebagai seorang pemimpin.

Dalam usaha merealisasikan objektif tersebut, Protalk Training Consultant yang diketuai oleh YBrs. Tuan Mohd Syafiq bin Mohd Fadeli telah dilantik bagi melaksanakan modul bersesuaian sepanjang program berlangsung.

Selama 3 hari 2 malam berkampung bersama-sama dengan fasilitator, para peserta telah dibekalkan dengan pelbagai ilmu kepimpinan menerusi  ceramah, aktiviti berkumpulan yang memerlukan peserta bekerjasama serta membuat keputusan dalam masa singkat. Terdapat juga aktiviti lain yang memerlukan peserta sentiasa cergas dan cerdas dalam melalui segala tugasan serta aktiviti yang telah dirangka.

Majlis penutup kursus telah dirasmikan oleh AF. Ustaz Mohd Sukeri bin Mohd Nor, Mudir Maahad Tahfiz  Al-Quran MAIK.  Diharapkan program ini menjadi satu batu asas kepada semua pimpinan pelajar ini untuk lebih bersemangat dan berusaha menjadi pemimpin yang berkualiti dan contoh kepada para pelajar lain apabila memulakan tugas pada semester baharu  nanti.

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2131
Kelmarin3023
Minggu Ini18615
Bulan Ini89058
Jumlah Pengunjung27555501

A- A A+