faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN DAN INTEGRITI MASJID JAJAHAN JELI, SIRI KE 4 BILANGAN 1 TAHUN 2022, KERJASAMA MAIK DAN UiTM CAWANGAN KELANTAN

Pengurusan kewangan adalah merupakan satu aspek yang sangat penting dalam pengurusan masjid. Pengurusan masjid pada setiap tahun tentunya melibatkan satu jumlah dana yang agak besar.

Justeru, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dengan kerjasama UiTM Cawangan Kelantan telah mengorak langkah mengambil inisiatif menganjurkan Kursus Pengurusan Kewangan kepada pentadbir-pentadbir masjid di seluruh negeri Kelantan.

Pada 5 dan 12 Februari 2022 yang lalu telah berlangsungnya Kursus Pengurusan Kewangan siri yang ke 4 Bilangan 1 tahun 2022 di Masjid Sultan Muhammad I, Jeli yang melibatkan seramai 66 orang pentadbir masjid dari 22 masjid mukim di jajahan Jeli.

Majlis perasmian kursus kali ini telah disempurnakan oleh Al-Fadhil Imam Besar Negeri Kelantan, Ustaz Haji Muhamad Hana Pizi bin Abdullah mewakili YABrs. Timbalan Yang Dipertua MAIK.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh YABrs. Ketua Jajahan Jeli, Tuan Nik Raisnan Bin Haji Daud dan YBhg.Timbalan Reaktor Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Kelantan, Prof Madya Ts. Dr. Ghazali Osman.

MAIK dan UiTM Cawangan Kelantan akan terus menjalin kerjasama dalam memperkasakan institusi masjid di negeri Kelantan.

Layari Portal Rasmi www.e-maik.my untuk maklumat lanjut.

Jangan lupa Follow, Like dan Share :

- Instagram: https://www.instagram.com/maikkelantan

- Facebook: Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan

#MAIK2022

#MAIKPrihatin

MAIK ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembayar zakat kerana dengan harta yang diinfakkan ini telah banyak membantu pendidikan anak-anak golongan asnaf di Kelantan.

Semoga pahala yang mengalir, berkat ilmu bermanfaat para pelajar ini menjadi asbab untuk mendapat keredhaan ALLAH SWT di akhirat kelak.

#MAIK2022

#terimakasihpembayarzakat

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2716
Kelmarin3013
Minggu Ini8774
Bulan Ini8774
Jumlah Pengunjung29313391

A- A A+