faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK BANTU : GELEGAR REPUT DAN BERLUBANG...ANAK JERLUS KE BAWAH RUMAH

 “Rumah pok cik meme buruk, gelegar reput, banyok lube (lubang). Anak perempuan pokcik umur empat tahun rajin (pernah) jerlus lube (lubang), jatuh sampai tanoh (tanah),” itu cerita Che Rani bin Che Musa kepada kami baru-baru ini.

Cerita menyedihkan buat bapa kepada enam anak itu dikongsikan kepada kami ketika ditemui selepas menerima replika kunci rumah yang dikurniakan oleh Yang Berhormat Mulia, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua MAIK bersama isteri, Yang Mulia, Tunku Puan Sri Dato’ Hajah Noor Hayati binti Tunku Abdul Rahman sempena Pelancaran Bantuan Persekolahan MAIK Tahun 2022.

Che Rani antara 13 penduduk yang menerima kurniaan kunci rumah daripada MAIK dan sumbangan wang tunai berjumlah RM300 setiap seorang pada majlis yang diadakan di Tanah Merah itu. Alhamdulillah, MAIK telah membantu merealisasikan impian Che Rani apabila membina rumah baharu dilengkapi dengan tiga bilik yang berharga RM48,000.

Pakcik Rani juga memberitahu, kerana tidak tahan lagi tinggal di rumah tersebut, dia nekad berjumpa dengan Penggawa dan akhirnya, pada dua tahun lalu Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyampaikan berita gembira kepadanya.

Mereka lapan beranak ditawarkan rumah serba baharu. Betapa gembiranya dan bersyukurnya Pakcik Rani dan keluarga kerana mereka tidak lagi tidur dalam ketakutan, disebabkan bimbang rumahnya rebah bila-bila masa memandangkan tempat mereka berlindung sangat uzur.

Pakcik Rani yang berusia, 59 tahun itu juga bercerita, kalau diikutkan ‘kantungnya’ memang mereka tidak akan mampu untuk membina rumah serba baharu memandangkan kudratnya bukannya gagah untuk bekerja mencari pendapatan besar. Dia menghidap penyakit kencing , darah tinggi dan lemah jantung.

“Terima kasih banyaklah untuk pembayar zakat dan MAIK. Dengan duit zakat inilah pakcik dapat rasa tinggal di dalam rumah baru tahun lepas. Kalau tak, tak tahulah kena tunggu oghe (orang) baiki lah,” luahnya kepada kami.

Program turut dihadiri, Yang Amat Berusaha, Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK bersama isteri dan Yang Amat Berusaha, Encik Mohammad Yusoff bin Hassan, Ketua Jajahan Tanah Merah bersama dengan isteri.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah, Yang Amat Berusaha Encik Zulkernain bin Fauzi, Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan, Yang Berusaha Encik Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK dan Al-Fadhil Ustaz Mahamad Azmi bin Zakaria, Pegawai Agihan Zakat MAIK.

Dikesempatan ini MAIK ingin mengucapkan terima kasih kepada pembayar zakat kerana dengan harta yang diinfakkan itulah MAIK dapat memberikan kegembiraan kepada 13 keluarga asnaf ini. Semoga semua pembayar zakat dikurniakan kesihatan yang baik dan diluaskan pintu rezeki untuk terus beramal.

𝑻𝑬𝑹𝑰𝑴𝑨 𝑲𝑨𝑺𝑰𝑯 𝑷𝑬𝑴𝑩𝑨𝒀𝑨𝑹 𝒁𝑨𝑲𝑨𝑻. 𝑨𝑵𝑫𝑨 𝑯𝑬𝑹𝑶 𝑨𝑺𝑵𝑨𝑭!'

Kira Zakat Anda:

Kalkulator Zakat MAIK

Potongan Zakat Bulanan:

http://eptg.e-maik.my/

Wakaf Tunai:

http://wakaftunai.e-maik.my

Layari Portal Rasmi www.e-maik.my untuk maklumat lanjut.

Jangan lupa Follow, Like dan Share :

- Instagram: https://www.instagram.com/maikkelantan

- Facebook: Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan

#MAIK2022

#MAIKPrihatin

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2431
Kelmarin3013
Minggu Ini8489
Bulan Ini8489
Jumlah Pengunjung29313106

A- A A+