faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK AGIH RM770,300 WANG FIDYAH DAN ZAKAT, GEMBIRAKAN ASNAF FAKIR MISKIN SERTA ANAK YATIM

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengagihkan RM 770,300 membabitkan wang zakat dan juga fidyah kepada golongan asnaf fakir dan miskin serta anak-anak yatim yang memerlukan di negeri ini.

Sempena Majlis Pengurniaan Sumbangan Zakat dan Fidyah Kepada Asnaf Fakir, Miskin Dan Anak Yatim, seramai 501 penerima telah mendapat sumbangan dalam bentuk wang tunai.

Sumbangan telah dikurniakan oleh Yang Berhormat Mulia, Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz juga merupakan Yang Dipertua MAIK bersama Yang Mulia Tunku Puan Sri Dato' Hajjah Noor Hayati binti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tengku Puan Temenggong.

Majlis berlangsung pada 19 April 2022 di Masjid Muhammadi itu turut dihadiri oleh Yang Amat Berusaha, Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK, Zulkifle Ab Rahman bersama isteri dan YB Sahibul Fadilah Dato’ Nik Abdul Kadir Nik Mohamad Timbalan Mufti Kelantan.

Alhamdulillah pihak MAIK pada hari ini juga telah menghulurkan sumbangan wang Fidyah bagi 2021 kepada 100 penerima, dengan setiap seorang mendapat RM500 dan jumlah keseluruhan adalah bernilai RM50 ribu.

Selain itu, seramai 101 anak yatim Darul Aitam MAIK menerima wang zakat berjumlah RM 300 setiap seorang dengan jumlah keseluruhan adalah RM30,300.00

Seterusnya, seramai 100 penerima Biasiswa Tengku Anis (BTA) MAIK yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah golongan asnaf fakir dan miskin di seluruh jajahan turut mendapat RM300 setiap seorang.

Turut menerima manfaat daripada wang zakat yang diinfakkan menerusi MAIK ialah seramai 100 pelajar dari Maahad Muhammadi perempuan yang masing-masing menerima RM300 seorang.

Seramai 100 penerima wang zakat Mukim Masjid Muhammadi juga pada hari ini turut diberikan RM300 setiap seorang.

Daripada jumlah keseluruhan yang diagihkan pada hari ini, pihak MAIK turut membelanjakan RM580 ribu wang zakat serta fidyah.

Wang berkenaan disalurkan kepada 17 masjid bandar dan jajahan, yang mana pihak masjid menerusi imam akan mengagihkan kepada golongan memerlukan dengan segera.

Betapa bernilai dan bermaknanya harta yang diinfakkan menerusi MAIK kerana dengan harta itulah dapat menggembirakan mereka memerlukan di bulan Ramadan serta Aidilfitri.

 

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini200
Kelmarin3045
Minggu Ini3245
Bulan Ini3245
Jumlah Pengunjung29307862

A- A A+