faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

TABUNG HAJI TUNAIKAN ZAKAT PERNIAGAAN BERNILAI LEBIH RM8 JUTA KEPADA MAIK

Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) berkenan menerima persembahan cek zakat perniagaan daripada Tabung Haji.

Cek Zakat Perniagaan yang berjumlah lebih RM8 juta tersebut diserahkan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohyen bin Mosman, Pengarah Wilayah Timur Lembaga Tabung Haji.

Persembahan cek berkenaan berlangsung di Tingkat 5, MAIK dan turut dihadiri Yang Amat Berusaha, Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK bersama Yang Berusaha Encik Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK dan AF. Ustaz Ameer Azeezy bin Tuan Abdullah, Ketua Pegawai Zakat, MAIK.

Pihak Tabung Haji turut diwakili Yang Berusaha Tuan Haji Ashrof bin Shamsuddin, Pengarah Negeri Tabung Haji Kelantan, Yang Berusaha Tuan Haji Mohamad Rosli bin Mustapai, Pengurus Tabung Haji Kota Bharu; Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Nafiza bin Ali, Pengurus Tabung Haji Pasir Puteh, Yang Berusaha Tuan Haji Ahmad Harith bin La @ Che Hasssan, Ketua Pemasaran Tabung Haji Kelantan dan Yang Berusaha Tuan Haji Abdullah bin Mat Hassan, Pegawai Pemasaran Negeri Tabung Haji Kelantan.

“Ya ALLAH Ya Tuhan kami, kurniakanlah pembalasan yang terbaik kepada pembayar zakat MAIK pada hari ini, khususnya kepada perniagaan pihak Tabung Haji.

“Sucikanlah dan berkatilah harta dan rezeki mereka, keluarga mereka, kurniakanlah keuntungan berganda kepada pekerjaan dan perniagaan mereka, serta amal dan ibadah mereka agar setiap daripada mereka beroleh kesenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan di dunia dan akhirat nanti,” Amin Ya Rabbal Alamin.

Kira Zakat Anda:

Kalkulator Zakat MAIK

Potongan Zakat Bulanan:

http://eptg.e-maik.my/

Wakaf Tunai:

http://waqaftunai.e-maik.my/

Layari Portal Rasmi www.e-maik.my untuk maklumat lanjut.

Jangan lupa Follow, Like dan Share :

- Instagram: https://www.instagram.com/maikkelantan

- Facebook: Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini102
Kelmarin3045
Minggu Ini3147
Bulan Ini3147
Jumlah Pengunjung29307764

A- A A+