faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK METERAI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN (MoU) BERSAMA KIAS BANTU PENDIDIKAN PELAJAR ASNAF

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) terus komited dalam melaksanakan amanah pembayar zakat dengan memeterai Perjanjian Persefahaman (MoU) bersama Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

MoU berkenaan adalah membabitkan penajaan biasiswa di bawah Program Biasiswa Zamalah Pendidikan (BZP) dan dermasiswa di bawah program Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) kepada para pelajar asnaf yang melanjutkan pelajaran ke kolej tersebut.

Majlis tersebut disaksikan Yang Amat Berhormat, Dato' Bentara Setia Haji Ahmad Bin Haji Yakob, Menteri Besar Kelantan dan Yang Berhormat Mulia, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua MAIK.

MAIK diwakili Yang Amat Berusaha, Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK dan YB. Sahibus Samahah Dato' Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan.

Sementara KIAS diwakili Rektornya, Yang Amat Berusaha, Prof Dr Ab Aziz bin Mohd Zin bersama YB. Dato' Dr Haji Mohamed Fadzli bin Haji Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi,Sains dan Teknologi Negeri Kelantan.

Majlis berkenaan semalam berlangsung di The Grand Renai Hotel, Kota Bharu.

Bagi penajaan biasiswa buat kali pertama tahun ini juga, pihak MAIK telah bersetuju untuk menaja 80 orang pelajar asnaf yang mana membabitkan 30 pelajar peringkat Diploma, 20 pelajar peringkat Diploma Pengajian Turath dan 30 pelajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Bagi penajaan biasiswa tahun 2023 dan seterusnya adalah melibatkan 15 pelajar di peringkat Diploma, lima pelajar di peringkat Diploma Pengajian Turath dan 15 pelajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Anggaran peruntukan perbelanjaan bagi penajaan Biasiswa ini adalah sebanyak RM 660,000 bagi tahun pertama dan tambahan bagi tahun berikutnya sebanyak RM 292,500.

MAIK juga menawarkan kepada pelajar KIAS untuk permohonan dermasiswa di bawah program DSIP dengan kadar RM4,000 setahun.

Dermasiswa ini juga akan disalurkan kepada KIAS untuk diuruskan bagi bayaran yuran pembelajaran dan perbelanjaan sara hidup pelajar, tertakluk kepada jumlah permohonan dan peruntukan kewangan MAIK dari semasa ke semasa.

MAIK ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembayar zakat kerana dengan harta yang diinfakkan ini telah banyak membantu pendidikan anak-anak golongan asnaf di Kelantan.

Semoga pahala yang mengalir, berkat ilmu bermanfaat para pelajar ini menjadi asbab untuk mendapat keredhaan ALLAH SWT di akhirat kelak.

#MAIK2022

#terimakasihpembayarzakat

 

 

flickr

www.flickr.com

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini555
Kelmarin3540
Minggu Ini10153
Bulan Ini10153
Jumlah Pengunjung29314770

A- A A+