faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK HULURKAN BANTUAN : TERLANTAR SEJAK 3 TAHUN,TEMPURUNG KEPALA TERPAKSA DIBUANG

Kisah hidup seorang isteri yang tabah menjaga sang suami koma sejak tiga tahun lalu di RKT Chalil, Daerah Chiku, Gua Musang akibat kemalangan jalan raya mendapat perhatian Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Hati isteri mana yang tidak tersentuh tatkala melihat suami terlantar dan tempurung kepalanya juga terpaksa dibuang.

Namun hakikatnya, Nur Syamsinar Sudin, 29 tahun perlu cekal menjaga syurganya, Aziz bin Ibrahim, 32 yang turut patah tengkuk dan dua pergelangan tangannya.

Kehidupan mereka berubah sekelip mata selepas suaminya itu terbabit dalam kemalangan di Tanah Merah pada Januari 2019.

Kami mendoakan agar bantuan segera berupa wang tunai dan bekalan makanan hasil harta yang diinfakkan oleh saudara-saudari sekalian menerusi MAIK ini, dapat menggembirakan hati sang isteri ketika mana diuji dengan kesihatan suaminya ini. Alhamdulillah mereka tiga beranak ini juga turut menerima bantuan bulanan daripada MAIK.

Semoga sumbangan yang disampaikan oleh Al- Fadhil Ustaz Othman bin Saufi, Imam Tua Masjid Razaleigh di Gua Musang ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung sang isteri untuk membesrkan seorang anak yang masih kecil berusia lingkungan empat tahun.

Hanya ALLAH SWT sahaja yang dapat membalasnya. Lihatlah betapa bermaknanya sumbangan dan harta yang diinfakkan kepada MAIK. Rebutlah peluang sebelum terlambat untuk bersama-sama MAIK melakukan amal kebajikan dan bersedekah bagi menggembirakan insan memerlukan.

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2403
Kelmarin2407
Minggu Ini21294
Bulan Ini2403
Jumlah Pengunjung29307020

A- A A+