faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

TRAGEDI PILU MENJELANG SYAWAL : MAIK TAMPIL HULURKAN BANTUAN SEGERA

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk umat Islam meraikan Hari Raya Aidilfitri, beberapa keluarga yang tinggal di belakang Pasar Berek 12 diduga dengan ujian amat berat. ALLAHUAKBAR.

Semalam, dalam kejadian sekitar jam 9.35 pagi itu, sembilan rumah di Berek 12 hangus terbakar sekelip mata dan mereka tinggal sehelai sepinggan.

Meskipun mereka bersyukur kerana kejadian tidak meragut nyawa sesiapa, namun jauh di sudut hati mereka merasai kesedihan kerana persiapan Syawal sudah menjadi abu, tidak dapat diselamatkan.

Bahkan ada diantara mereka yang sudah membeli barang basah untuk berniaga pada awal Syawal juga berputih mata. Ratusan ekor ayam disimpan di dalam peti juga turut menjadi mangsa.

Pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) turut bersimpati terhadap kesemua mereka yang diuji di penghujung Ramadhan ini.

YA ALLAH, YA Tuhanku, Engkau kurniakanlah kesabaran dan rezeki yang melimpah ruah kepada mangsa-mangsa kebakaran ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

Pihak MAIK diwakili Al-Fadhil Ustaz Mahamad Azmi bin Zakaria, Pegawai Agihan Zakat MAIK dan Al-Fadhil Ustaz Ahmad bin Yunoh, Imam Tua Masjid Bandar, Masjid D'raja Long Yunus Langgar telah tampil dengan segera menghulurkan sumbangan kepada 10 orang ketua keluarga yang terlibat.

Lihatlah betapa bermaknanya wang zakat yang diinfakkan menerusi MAIK. Dengan wang itulah kami dapat membantu memberikan sedikit sinar kegembiraan buat mereka.

Seramai lima orang telah mendapat RM2,000 manakala lima orang lagi diberikan RM300 setiap seorang.

Terima kasih pembayar zakat. Anda Hero Asnaf.

#MAIK2022

#MAIKPrihatin

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2660
Kelmarin2407
Minggu Ini21551
Bulan Ini2660
Jumlah Pengunjung29307277

A- A A+