faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS BERBUKA PUASA YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA BERSAMA PEGHUNI DARUL AITAM MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN (MAIK).

Pada 22 April 2022 bersamaan 20 Ramadan 1443H baru-baru ini, Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Darul Aitam, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera bertempat di Dewan Utama Tengku Kaya Pahlawan Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra (KIJPSIP), Panji.

Majlis berkenaan melibatkan kesemua penghuni Darul Aitam MAIK, kakitangan Darul Aitam dan KIJPSIP. Selain itu juga, seramai 13 orang Ahli Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dan Irsyad Consultant turut serta dalam majis berbuka puasa ini.

Majlis tersebut diadakan untuk mengeratkan silaturrahim antara kakitangan Darul Aitam, KIJPSIP bersama Ahli Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera.

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera merupakan sebuah agensi di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri yang memangkin Agenda Nasional bagi memastikan golongan Bumiputera dapat bersaing dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dalam mencapai hasrat Malaysia menjadi sebuah negara maju.

Surat perjanjian tandatangani antara Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dan MAIK telah dilaksanakan pada 9 November 2021. Bagi melibatkan program bersama penghuni Darul Aitam MAIK, Academic Assistance Programmer (AAP) akan mengadakan program selama tiga tahun. Bagi Bahasa Inggeris selama 60 jam dan Nature Development Programme (NDP) pula selama 60 jam setiap tahun.

 

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2979
Kelmarin2407
Minggu Ini21870
Bulan Ini2979
Jumlah Pengunjung29307596

A- A A+