faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

SUMBANGAN PERALATAN PERUBATAN BERNILAI RM49,761 KEPADA HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menunaikan sebahagian amanah para pembayar zakat dengan menyampaikan sumbangan peralatan perubatan bernilai RM49,761 kepada Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II.

Sumbangan berkenaan merangkumi, Susu Ensure Gold (350 unit), Susu Pediasure ( 350 unit), Kerusi Roda Standard ( 30 unit); Suction machine ( 10 unit), Ripple mattress ( 10 unit ) dan Stoma Bag ( 30 unit ).

Sumbangan ini disampaikan oleh Yang Berusaha Encik Mohd Izwan Shah bin Dato’ Haji Mohd Aiseri, Ketua Pegawai Pembangunan MAIK kepada Yang Berusaha Puan Zailawati bin Mamat, Ketua Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, merangkap Ketua Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan Negeri Kelantan. Penyerahan berlangsung di Dewan Tok Kenali, Aras 2 Bangunan MAIK pada 26 Mei 2022.

Barangan berkenaan akan diagihkan kepada hospital-hospital jajahan di negeri ini untuk dimanfaat kepada golongan yang sedang menunggu keperluan ini dengan segera.

ALLAHUAKBAR...Lihatlah betapa bermakna dan besarnya nilai zakat yang diinfakkan oleh saudara-saudari menerusi MAIK.

Betapa kita bersama-sama dapat memberikan cahaya harapan buat insan memerlukan supaya mereka terus bersemangat untuk sihat.

Dengan seteguk susu yang diberikan ini, hasil keberkatan wang zakat kalian di luar sana dapat menjadi tali hayat dan mengembalikan kegembiraan para penerima.

Hanya ALLAH SWT sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua.

 

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini104
Kelmarin2407
Minggu Ini18995
Bulan Ini104
Jumlah Pengunjung29304721

A- A A+